Kanser Usus

Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada  kanser yang kerap berlaku. Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan  boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil  untuk mengurangkan risiko kanser usus.

 

Apa itu usus?

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian: Usus kecil- tempat makanan diserap. Usus besar- tempat air dan garam diserap.

Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.

 

Apa itu kanser usus?

Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus  besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada  peringkat awal.

Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk.

 

Tanda-tanda kanser usus

Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda tanda-tanda seperti berikut:

● Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
● Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
● Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
● Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.
● Berat badan turun mendadak.
● Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.

kanser usus edit 2

Keupayaan diserang kanser usus

Risiko anda semakin tinggi jika: Terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus. Anda pernah menghidap penyakit radang usus iaitu kolitis ulser atau kolitis Crohn lebih daripada lapan tahun. Jika anda berusia 50 tahun ke atas risiko diserang kanser amat tinggi.

 

✔ Faktor risiko kanser usus

Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

● Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
● Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.
● Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.
● Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.
● Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.
● Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.
● Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.
● Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.
● Kurang bersenam.

 

Bagaimana kurangkan risiko kanser usus

Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus dengan:

● Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
● Amalkan berat badan yang sihat.
● Amalkan bersenam dengan konsisten.
● Jauhi tabiat merokok.
●Elakkan atau kurangkan minum alkohol.

 

Antara Rawatan Alternatif

Sari Agegard merupakan Teknologi PERTAMA di DUNIA yang meggunakan Double Stem Sel yang Diperkasakan Dengan Ozon Fortified dapat membantu anda untuk dijadikan rawatan alternatif bagi masalah kesihatan.

 

 

===========
✾ Sari Agegard ✾
============

♕ Teknologi PERTAMA di DUNIA,Double Stem Sel yang
Diperkasakan Dengan Ozon Fortified ♕

♛ Kebaikan Sari Agegard ♛

✔ Triple Amydglin B17 -Gabungan 3 sumber HEBAT iaitu pati biji Aprikot,Buah Prune dan Anggur yg berkesan membunuh SEL KANSER

✔ Double Stemcell – berfungsi utk baikpulih dan ganti sel induk dan sel2 organ yg BARU disamping dpt meningkatkan sistem IMUNISASI dan sistem peredaran darah

✔Ozone Fortified – ianya terdiri drp tiga molekul oksigen berupaya bertindak sbg ejen membersih darah, membunuh kuman, virus serta mengaktifkan semula sistem pertahanan tubuh

 

====================================
☛ Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami, KLIK DISINI

HOTLINE TUAH PRIMADONA : 012-329 2221/ 019-266 0080
====================================

 

DISCLAIMER : Produk Sari Agegard TIDAK bertujuan MERAWAT, MENYEMBUH atau MENCEGAH sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah PENGALAMAN PERIBADI individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza”

PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR SAMPINGAN SELAIN TERUS MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & DOKTOR

** Produk ini adalah IKHTIAR semata2 dan Kuasa PENYEMBUHAN MUTLAK tetap di tangan Allah SWT.