3 Jenis Kanser Darah Yang Biasa Berlaku

Terdapat 3 jenis kanser darah yang biasa berlaku iaitu Leukemia, Lymphoma dan Myeloma.

1. Kanser Darah – Leukemia

Leukemia adalah kanser yang berlaku dalam darah dan sum sum tulang akibat penghasilan sel darah putih abnormal yang tidak terkawal. Bilang sel darah putih abnormal yang banyak ini meyebabkan badan gagal melawan penyakit dan menganggu proses penghasilan sel darah merah dan platlet.

Leukemia boleh berlaku kepada kanak kanak dan dewasa. Biasa yang berlaku pada kanak kanak adalah AML (Acute myelogenous leukemia), manakala golongan dewasa selalu mengalami AML dan juga CML (Chronic myelogenous leukemia)

 
Siapa Yang Berisiko Mengalami Leukemia

Walaupun pakar tidak pasti punya utama leukemia, namun faktor ini adalah antara golongan berisiko:

  • Terdedah kepada tahap radiasi yang tinggi
  • Terdedah kepada bahan kimia benzene berulang kali
  • Pesakit yang pernah menjalani kimoterapi (chemotherapy)
  • Pesakit down syndrome
  • Sejarah keluarga yang pernah mengalami kanser leukemia

10 Tanda Tanda Serangan Kanser Leukemia

  1. Deman, seram sejuk, berpeluh waktu malam, selesema
  2. Badan lemah tak bermaya
  3. Gusi bengkak dan berdarah
  4. Sakit kepala
  5. Hati dan limfa membengkak
  6. Tonsil membengkak
  7. Sakit tulang
  8. Kulit pucat
  9. Naik bintik merah dikulit
  10. Hilang berat badan

.

.

2. Kanser Limfoma (Lymphoma)

Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.

Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.

Bagaimana Kanser Limfoma Terbentuk

.
.

Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.

Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.

Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.

Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.

Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma

  1. Warga tua
  2. Lelaki
  3. Mengahadapi masalah auto-imun
  4. Pengidap HIV/AIDS
  5. Banyak memakan daging merah dan lemak
  6. Selalu terdedah kepada bahan kimia

Tanda Tanda Kanser Limfoma

  1. Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
  2. Demam
  3. Badan menjadi lemah dan keletihan
  4. Hilang berat badan
  5. Sentiasa berpeluh
  6. Sukar benafas dan sering sakit dada
  7. Gatal gatal pada kulit
  8. Ruam kulit

.

.

 3. Kanser Myeloma

Myeloma adalah kanser sel plasma darah. Plasma sel adalah sel darah putih yang menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit dan jangkitan dalam badan.

Pembelahan sel myeloma yang tidak terkawal akan menganggu pembetukan sel darah merah dan sel darah putih yang normal.

Bilangan sel yang myeloma yang banyak ini boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang. Ia juga mampu meyebabkan kerosakan dan keretakan tulang.

Sel myeloma dihasilkan di dalam tulang sum sum. Ia juga mengalir didalam salur darah dan berkumpul di bahagian tulang yang lain dalam badan.

Golongan Yang Berisiko Menghadapi Kanser Myeloma

  1. Pesakit hypercalcemia (kalsium berlebihan dalam darah)
  2. Anemia (kekurangan sel darah merah)
  3. Kerosakan buah pinggang
  4. Antibodi lemah dan mudah diserang penyakit
  5. Osteoporosis, sakit tulang, bengkak tulang, keretakan tulang
  6. Kadar protin yang tinggi dalam darah dan air kencing
  7. Hilang berat badan
  8. Lelaki berusia 50 tahun keatas
  9. Masalah berat badan
  10. Terdedah kepada radiasi berlebihan
  11. Mereka yang berkerja dalam industri petroleum