Apa Kaitan Stress Dengan Kanser?

Apa Kaitan Stress Dengan Kanser?

  • Dr. Hans Selye ialah seorang pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.”
  • (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini juga ia boleh wujud di dalam bentuk satu ancaman, cabaran ataupun apa-apa yang boleh mengubahkan sesuatu di dalam hidup seseorang individu yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.”

Stress boleh menyebabkan perubahan mental dan fizikal seseorang
Stress boleh menyebabkan perubahan mental dan fizikal seseorang
Stress juga akan menyebabkan penyakit berbahaya
Stress juga akan menyebabkan penyakit berbahaya

APA ITU KANSER ?

Kanser adalah salah satu jenis penyakit dimana pertumbuhan sel-sel yang tidak normal berlaku di dalam badan.

Semuanya bermula kerana mempunyai tahap immuniti badan yang lemah dan kegagalan untuk berfungsi dengan baik.

Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza dengan pertumbuhan sel yang lain. Hal ini kerana, sel-sel kanser tidak akan mati malah akan terus berkembang dan membentuk sel-sel yang baru yang tidak normal.

Bagi anda yang mempunyai sistem immunisasi yang kuat dan sihat, maka agak sukar untuk tubuh badan anda dijangkiti oleh kanser

STRESS BOLEH MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN

Stress dan Kanser memang sangat berkait , jadi seseorang individu perlu mengatasi emosi dan mengawal stress agar kadar kesihatan tidak semakin teruk.

Stress (Tekanan) juga boleh mengganggu dalam kesihatan seseorang individu , Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah.

Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan hadirnya penyakit kronik dan memudaratkan diri sendiri.

RAWATAN MEDIKAL BERKESAN ?

  • Ramai juga penghidap kanser beranggapan proses kimoterapi dan radioterapi boleh menyembuhkan kanser.
    Anggapan ini tidak 100% benar , terutama jika tahap kanser sudah sampai tahap tiga dan empat.
  • Ada juga sesetengah penghidap kanser rasa pelik kenapa mereka dapat kanser sedangkan ahli keluarga yang lain tidak menghidap penyakit tersebut.
    Ada juga rasa tertekan mengapa pnghidap kanser lain boleh sembuh tetapi dirinya masih bertarung dengan kanser.

Stress dan kanser,sekiranya tubuh seseorang itu sihat dan mempunyai sistem daya pertahanan diri (immune system) yang kuat dengan sendirinya sel kanser yang abnormal dan membiak itu, akan dimatikan oleh antibodi sistem pertahanan dalam tubuh seseorang. Ini akan berlaku tanpa kita sedari.

Kanser akan terjadi apabila sistem pertahanan seseorang lemah dan gagal mengawal pembiakan sel kanser dalam tubuh.

STRESS  PUNCA KANSER ?

  • Stress  adalah salah satu penyebab kanser. Stres adalah tekanan emosi apabila kita di dalam keadaan tertekan dari segi emosi, mental atau fizikal. Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada stres. Kita dikelilingi pelbagai jenis stress seperti kerja, keluarga, persekitaran, kesesakan jalan-raya, anak-anak akan mengambil peperiksaan, suami curang dan sebagainya.
  • Anxiety pula ialah perasaan bimbang, runsing, risau, takut dan memikirkan perkara-perkara negatif. Jadi stres dan anxiety yang berterusan boleh mendorong kepada seseorang itu untuk senang untuk mendapat penyakit kanser.
  • Bila kita stres atau mempunyai anxiety yang tinggi, metabolism kita akan dengan sendirinya meningkat dan degupan jantung akan menjadi lebih laju daripada biasa. Jadi tubuh serta merta akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dalam darah.
    Karbon dioksida adalah berasid dan ini akan membuat tubuh kita lebih berasid. Sel kanser akan cepat membiak dalam persekitaran tubuh berasid.

Tanda-tanda Awal Kanser


AMALKAN CARA KEHIDUPAN YANG SIHAT

 

Amalkan cara pemakanan yang seimbang dan sihat, kurangkan makan makan yang berkoletrol tinggi

Sistem pertahanan diri akan menjadi lemah jika kita tidak menjaga kesihatan dengan baik. Untuk menjadikan tubuh badan sihat, kita mesti melakukan gaya hidup sihat seperti:

  • Makan makanan seimbang
  • Rehat dan tidur yang secukupnya
  • Selalu melakukan aktiviti senaman
  • Hidup dalam persekitaran udara bersih dan segar
  • Tidak terdedah kepada bahan kimia yang mengakibatkan kanser
  • Tidak merokok
  • Tidak minum alkohol
  • Kawal stress dengan lakukan perkara positif