Beras Yis Merah Alternatif Cegah Serangan Jantung

Antara bahan aktif Produk Sari Agegard adalah beras yis merah.

Pengambilan Beras Yis Merah boleh dijadikan alternatif dalam mencegah penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular manusia.

Apa itu Beras Yis Merah (BYM)?

Mungkin ramai kurang arif mengenainya atau tidak tahu langsung mengenai kewujudan produk botani ini. Sebenarnya BYM telah digunakan di China sejak berabad-abad lalu. Sejak zaman kuno lagi, BYM telah dikenali sebagai sumber makanan perubatan.

Menariknya, ramai yang tidak sedar dengan menjamu sajian istimewa itu, mereka sebenarnya mengurangkan risiko menghidap hiperlipidemia atau paras kolesterol yang tinggi. Risiko itu dapat dikurangkan bukan kerana memakan daging itik, tetapi ramuan serbuk berwarna merah, BYM yang disapu pada keseluruhan badan itik sebelum dibakar untuk menyediakan hidangan tersebut.

Bagaimana BYM terhasil?

Adakah memang terdapat beras merah yang ditanam di sesuatu kawasan khas seperti di China. Hakikatnya tidak sama sekali. BYM sebenarnya terhasil daripada penapaian sejenis yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus yang sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina untuk merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut dengan beras biasa.

Khasiat Beras Yis Merah

• Mengurangkan kolestrol
• Merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut
• Menurunkan tahap kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) dan meningktakan kadar kolestrol HDL ( kolestrol baik)
• Merangsang kesihatan sistem jantung.

 

Artikel mengenai beras yis merah di kosmo yang bertajuk Alternatif cegah serangan jantung

 

kosmo-beras-yis-merah

 

 

SETIAP tahun, jumlah kemasukan pesakit ke hospital akibat pelbagai komplikasi jantung melebihi 100,000 kes manakala hampir 12,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung. Majoritinya berusia 60 tahun ke atas.

Namun kini, lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun, 500 kematian direkodkan.

Fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung.

Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Dr. David Quek, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun.

“Tidak kira siapa anda, sama ada muda, tua, orang kaya atau orang miskin, pemimpin negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negatif seperti merokok.

“Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah arteri koronari secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.

“Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya,” kata Dr. Quek dalam satu pembentangan khas mengenai alternatif rawatan penyakit jantung menerusi pengambilan suplemen berasaskan beras yis merah (BYM) baru-baru ini.

Tambah Quek, pengambilan BYM ini boleh dijadikan alternatif dalam mencegah penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular manusia.

Malah ujarnya, jika diambil berterusan, ia mampu menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik) serta merangsang kesihatan sistem jantung.