DAGING FAKTOR PENYUMBANG KANSER ?????

DAGING FAKTOR PENYUMBANG KANSER ?????

Daging yang diproses seperti bakon/dendeng, sosej dan daging salai – didapati boleh menyebabkan penyakit kanser, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Laporan yang dikeluarkan oleh WHO juga menyebut, pengambilan 50g daging yang diproses sehari – iaitu bersamaan dengan kurang lebih dua keping bakon – boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mengidap penyakit kanser sebanyak 18%.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh WHO juga, kebarangkalian peningkatan kanser juga akan berlaku sebanyak 18% dengan pengambilan 50gm daging yang telah diproses setiap hari.

Sementara itu, laporan WHO juga ada menyebut, daging merah juga mempunyai “kecenderungan sebagai penyebab kanser”, namun  masih belum ada bukti secara saintifik yang boleh menyokong laporan ini secara kukuh.

Walaubagaimanapun, terdapat juga laporan yang telah dikeluarkan oleh WHO juga ada mengeluarkan beberapa kebaikan pengambilan daging untuk kesihatan manusia, kerana pada masa yang sama WHO juga melaporkan daging merah juga adalah penyumbang utama kepada zat besi, zink dan vitamin B12 kepada manusia.

Daging yang diproses adalah daging yang telah menjalani proses modifikasi bagi meningkatkan jangka hayat simpanannya atau untuk tujuan mengubah rasanya – dengan cara mengasapkan, mengawet dengan menambah garam atau pun ditambah dengan bahan pengawetan.

Penambahan-penambahan inilah yang meningkatkan risiko kanser.

Dalam masa yang sama kajian WHO turut mendapati, memasak daging pada suhu yang tinggi seperti barbeku juga boleh menyebabkan berlakunya tindak balas kimia yang mencetuskan agen kanser aktif di dalam badan manusia.

WHO juga telah membuat satu rumusan atas nasihat Agensi Antarabangsa Untuk Kajian Kanser mengkategorikan daging yang diproses sama kategori dengan plutonium dan alkohol iaitu dua elemen yang disahkan sebagai boleh boleh menyebabkan sel kanser menjadi aktif.

Namun WHO mendapati, ini bukanlah satu indikasi berapa banyak kesan kanser yang boleh dicetuskan menerusi pembikinan daging yang diproses itu.

Ini bermakna, memakan sandwich bersama daging yang dipanggang tidak boleh disamakan dengan risiko merokok.

“Risiko pengambilan daging yang telah diproses juga adalah kecil ke atas individu untuk mendapat kanser , sebagai contoh risiko kanser usus. Namun risiko mendapat kanser akan bertambah jika jumlah daging proses ini diambil secara berterusan setiap hari dalam kuantiti yang lebih besar.” Menurut Dr Kurt Straif dari WHO.

Anggaran setakat ini adalah, 34,000 kematian daripada penyakit kanser setiap tahun boleh dikaitkan dengan diet yang tinggi dalam pengambilan daging yang diproses.

Jumlah ini sangat jauh jika dibandingkan dengan satu juta manusia yang mati kerana kanser yang diakibatkan oleh amalan merokok dan 600,000 kematian akibat kanser yang disumbangkan daripada pengambilan alkohol yang tinggi.

Setakat ini , masih belum ada bukti yang nyata pengambilan 100g daging merah sehari misalnya akan meningkatkan risiko mengidap kanser.

WHO juga menegaskan, penemuan mereka ini sangat penting untuk membantu setiap negara merancang diet pemakanan yang seimbang dan selamat untuk indikasi rakyat mereka.

Prof Tim Key, dari Pusat Kajian Kanser United Kingdom dan juga Universiti Oxford berkata, penemuan ini tidak bermakna setiap orang harus berhenti mengambil daging sebagai diet utama mereka.

“Tetapi jika anda mendapati selama ini anda mengambil atau makan daging proses yang agak tinggi mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mengurangkannya,” ujar beliau sambil menambah “Makan daging panggang sekali sekala tidak akan menjejaskan kesihatan anda tetapi yang lebih penting ialah pengambilan diet yang seimbang.”

 

share-link-dagimg-faktor-penyebab-kanser