Diabetes Boleh Dikawal

Diabetes, penyakit yang sukar untuk dikesan pada peringkat awal, sehinggakan sesiapa sahaja yang menghidapnya menganggap ia perkara ringan dan diabaikan. Jangan pandang ringan pada penyakit ini kerana dia-betes mencetus segala punca penyakit kronik. Jika tidak ditangani, ia boleh membahayakan kesihatan seseorang, mungkin juga boleh membawa maut.

 

Diabetes

  • Penyakit Metabolik

Dia-betes adalah sejenis penyakit metabolik yang sering ditemui di merata dunia termasuk di Malaysia. Penyakit ini akan menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman seperti,jantung,otak, saraf, mata, kulit dan sebagainya.

Seseorang yang dikaitkan dengan dia-betes adalah mereka yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi dan boleh membawa kepada banyak jenis gejala dan masalah lain.

Malahan, jangan anggap dia-betes tidak menyerang remaja atau orang muda. Dewasa ini, semakin ramai yang menghidap diabetes pada usia muda, bahkan kanak-kanak. Salah satu penyakit ini disebabkan oleh faktor keturunan.

Keturunan

  • Faktor penyebab

Selain daripada faktor keturunan, terdapat juga faktor lain yang menjadi punca kepada penyakit iniĀ iaitu ketidak seimbangan pemakanan (makanan dan minuman yang tidak sihat atau terlalu manis), kurang bersenam, berat badan berlebihan dan sebagainya.

Dia-betes boleh dibahagikan kepada tahap 1 ,tahap 2 dan lain-lain. Diabetes tidak hanya diturunkan kepada gen (keturunan ) kerana faktor lingkungan dan pola gaya hidup juga boleh menjadi pemicu timbulnya dia-betes.

  • Lelaki @perempuan

Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira jantina atau umur. Tidak dinafikan, semakin ramai pesakit-pesakit muda yang mendapat diabetes sekarang ini. Malahan, ada pesakit yang dalam lingkunan umur belasan tahun.

 

Awasi 8 gejala ini

  • Berat Badan Turun Tanpa Sebab

Berat badan akan turun jika anda mengubah pola pemakanan, melakukan aktiviti yang melebihi aktiviti biasa, sembuh dari sakit dan sebagainya. Tetapi, jika berat badan turun tanpa sebab, mungkin kerana gejala dia-betes tahap 1.

  • Kerap Membuang Air Kecil

Ini adalah tanda lain seseorang itu menghidap dia-betes.

  • Sering Dahaga

Tanpa sebarang sebab anda merasa sangat dahaga sepanjang hari. Ia terjadi kerana badan kehilangan air dan memerlukan cairan dalam badan.

  • Penglihatan Semakin Lemah

Penglihatan anda semakin kabur kerana tahap glukosa dalam darah meningkat.

  • Cepat Penat

Anda merasa cepat penat daripada biasa.

  • Warna Kulit Berubah

Bintik-bintik hitam timbul pada kulit dan biasanya berlaku di bahagian leher.

  • Kerap Lapar

Kadar insulin memuatkan seseorang itu cepat merasa lapar walaupun sudah makan banyak daripada biasa.

  • Luka Sukar Sembuh

Petunjuk yang senang anda tahu tentang diabetes adalah luka pada bahagian badan. Perhatikan,jika anda mengalami luka atau tergores sehingga mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding biasa.

 

Kenal pasti Diabetes

Untuk mengenal pasti seseorang itu menghidap diabetes adalah melalui pemeriksaan ujian glukos darah yang dilakukan selepas berpuasa selama 8 jam. Ada kalanya dengan ujian glukos 2 jam selepas minum air yang mengandungi 75mg gula ( Oral Glucose Tolerance Test ).

Jenis-Jenis Diabetes

Diabetes jenis pertama ( Type 1 Diabetes )

Dikenali sebagai dia-betes bersandar insulin( IDDM- Insulin Dependent) atau diabetes awal remaja. Rawatan penyakit ini memerlukan suntikan insulin dari umur kanak-kanak atau awal remaja lagi.

Gejala: Ia berlaku pada kanak-kanak. Jika anak kerap rasa tidak sihat atau demam, lakukan ujian paras glukos dalam darah.

Diabetes Bebas Insulin ( Type 2 Diabetes )

Dikenali sebagai dia-betes peringkat permulaan dewasa. 90% – 95% daripada penghidap kencing manis menghidap dia-betes bebas insulin (Type 2 Diabetes ).

Gejala: Ia berlaku kepada orang dewasa. Kerap terkena jangkitan kuman atau kudis, luka yang lambat sembuh, kerap kencing terutamanya pada waktu malam, selalu rasa lapar atau dahaga yang luar biasa.

diabetesinchild

Kanak-kanak Berpontesi

Ia bergantung kepada sejarah keluarga dan tabiat kanak-kanak, contohnya suka minum air manis, suka makanan yang kurang berkhasiat, terlalu banyak makan nasi, kurang bersenam, gemuk dan sebagainya.

 

Badan Kurus Berisiko?

Dikatakan seseorang yang gemuk lebih tinggi risiko untuk mendapatkan dia-betes. Tetapi, seseorang yang mempunyai berat badan normal atau kurus juga tidak terkecuali dari penyakit ini. Contohnya, mereka kerap minum/makan manis, kurang gizi dan kurang bersenam.