Faktor Kanser Rahim atau Kanser Serviks

Faktor Kanser Rahim atau Kanser Serviks

Kanser Pangkal Rahim atau lebih dikenali kanser serviks merupakan kanser yang cukup digeruni di kalangan wanita di seluruh dunia.

Kanser Rahim atau kanser serviks berlaku di dalam sel – sel pangkal rahim yang bersambung dengan Faraj wanita. Kira – kira 12,900 kes baru kanser serviks atau kanser rahim ini di diagnosis dan kira – kira 4,100 wanita akan mati akibat penyakit ini pada tahun 2015, menurut anggaran dari Persatuan Kanser Amerika.

Rata – rata kesemua kes kanser pangkal rahim ini disebabkan oleh satu virus yang dikenali sebagai Human Papillamavirus ( HPV ). Kanser Rahim ini juga boleh menyerang wanita pada semua peringkat umur selepas mereka mula melakukan persetubuhan .

Antara Faktor – Faktor Kanser Rahim atau Kanser Serviks adalah : –

i ) Melakukan Hubungan Seks Rambang

ii) Melakukan Hubungan Seks secara tidak selamat

iii) Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan

iv) Penggunaan Pil Perancang

v ) Genetik

vi) Merokok

vii) Sistem Pertahanan Tubuh atau imuniti yang lemah

viii) Kahamilan berganda

ix) Kehamilan pertama di peringkat usia muda

Antara satu faktor yang amat digeruni tentang kanser rahim & kanser serviks ini adalah ia TIDAK MENUNJUKKAN sebarang gejala atau tanda – tanda pada peringkat awal. Namun, setelah kanser ini mula merebak ke bahagian pundi kencing, hati, usus atau paru – paru, tanda – tandanya akan mula kelihatan.

Saya menasihatkan pada semua pembaca artikel ini terutamanya wanita, jika anda mula merasai atau melihat apa2 perubahan luar biasa dan kelainan kepada organ – organ pembiakan anda, berjumpalah dengan DOKTOR SEGERA sebagai langkah pencegahan awal.

Peluang untuk pulih kanser rahim ini lebih tinggi jika ia berjaya dikesan dah dirawat di peringkat awal. Dengan menjalani Ujian Pap Smear dan vaksinasi HPV, ia amat membantu kita mengesan kanser rahim atau kanser serviks ini diperingkat awal dan sekaligus kanser ini boleh dirawat dan dicegah sebelum menjadi parah.

Semoga artikel ini boleh membantu diri anda dan orang sekeliling anda terselamat dari risiko kanser .