Jenis Kanser Tulang

Jenis Kanser Tulang

KANSER  tulang utama (primary) boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang, tulang rawan dan dari bahagian tisu fiber. Kanser tulang jenis kedua (secondary) pula adalah sebahagian besar kanser tulang yang berasal daripada bahagian lain badan selain tulang akibat penyebaran sel kanser (metastatik).

Kanser tulang metastasik boleh berasal daripada bahagian badan lain, kebanyakannya berasal daripada prostat, payudara, paru-paru, buah pinggang, usus besar dan kelenjar tiroid. Selalunya punca kanser tulang terjadi adalah tidak diketahui. Kadangkala, kanser tulang juga mungkin berkaitan dengan radiasi berion (ionizing radiation).

 

Antara faktor-faktor lain yang boleh menggalakkan kejadian kanser tulang adalah:

* Penyakit Paget

* Fibrous dysplasia

* Retinoblastoma (genetik)

* Sindrom tertentu seperti penyakit Gardner dan penyakit Ollier

.

Kanser tulang primary

Kira-kira 40 peratus kanser tulang jenis ini adalah berbahaya (malignan) sementara 60 peratus lagi tidak berbahaya (benign).

Contoh kanser tulang primary yang benign adalah seperti

  1. Osteochondroma,
  2. Sel tumor gergasi,
  3. Chondroma dan
  4. Osteoid osteoma.

Contoh kanser tulang yang berasal dari tisu fiber pula adalah :

  1. Sista (cyst) tulang ringkas,
  2. Sista tulang aneurysmal dan
  3. Fibrous dysplasia.

Kanser tulang primary yang malignan pula terdiri daripada :

  1. Osteosarcoma,
  2. Chondrosarcoma,
  3. Ewing‘s tumour dan
  4. Malignant fibrous histiocytoma.

Kanser tulang primary selalunya berlaku pada pesakit yang muda, terutamanya antara umur 10 hingga 25 tahun dengan lebih kurang 80 peratus berlaku di bahagian sendi lutut.

Kanser tulang primary malignan jarang berlaku dan hanya merangkumi kurang satu peratus daripada semua kematian yang melibatkan kanser yang malignan. Punca terjadinya kanser tulang malignan tidak diketahui tetapi kanser tulang benign kadangkala boleh menjadi malignan.



Mencari Penawar Penyakit?

Sari AgeGard dengan lebih 100 testimoni.

WhatsApp sekarang >> KLIK DISINI << icon-search-plus



.

Kanser Tulang Primary, benign

  1. Osteochondroma

Kanser tulang jenis ini berasal dari bahagian tulang rawan dan boleh tumbuh hanya satu atau banyak secara serentak (juga dikenali sebagai penyakit Ollier atau exostoses). Selalunya benign, kanser tulang ini boleh berlaku pada sebarang usia, kebanyakannya pada usia muda. Ia boleh tumbuh kecil dan kemudian saiznya semakin besar, selalunya berada pada sisi sendi dan tidak sakit. Sekiranya saiznya semakin besar, kesakitannya juga mungkin bertambah dan bilangannya menjadi banyak serta kemungkinan besar akan menjadi malignan. Gambar X-ray akan menunjukkan ‘stippled calcification’ pada bahagian yang terlibat.

  1. Sel tumor gergasi

Kanser tulang jenis ini selalunya benign, merangkumi lima peratus daripada semua jenis kanser tulang. Ia kerap berlaku pada golongan berumur 30-an, pada bahagian hujung tulang femur, pangkal tulang tibia, pangkal tulang humerus dan hujung tulang radius. Pesakit akan mengalami rasa sakit dan bengkak pada bahagian yang terlibat atau pesakit mudah mengalami patah tulang. Kanser ini juga mampu berubah menjadi kanser tulang yang malignan. Radiograf selalunya menunjukkan ‘lytic lesion’ yang semakin merebak pada bahagian terlibat.

  1. Osteoid osteoma

Kanser tulang jenis ini merangkumi 10 peratus bilangan kanser tulang yang benign. Kanser ini selalunya berlaku antara umur 10 hingga 20 tahun, dan jarang berlaku pada mereka berumut lebih 30 tahun. Kanser jenis ini juga lebih kerap berlaku pada lelaki dengan nisbah 3:1 berbanding golongan wanita. Selalunya 28 peratus ketumbuhan kerap berlaku pada tulang paha (femur), tibia (25 peratus), tulang belakang (10 peratus) dan humerus (tulang lengan atas).

Pesakit akan mengalami kesakitan dan bengkak pada tulang yang terlibat, selalunya semakin teruk pada sebelah malam tetapi rasa sakit boleh menjadi reda dengan mengambil ubat tahan sakit. Radiograf pada tulang yang terlibat selalunya menunjukkan ‘radiolucent lesion’ yang berbentuk bulat (nidus), berukuran satu sentimeter dan dikelilingi kawasan dikenali ‘dense sclerosis’.

  1. Sista tulang ringkas

Sista jenis ini kerap terjadi pada bahagian metaphysis tulang humerus atau tulang paha tetapi sebab ia terjadi masih tidak diketahui.

Imbasan X-ray akan menunjukkan kawasan radiolucent di bahagian yang berlakunya tumor dan pesakit selalunya hadir dengan rasa sakit pada tulang yang terlibat atau sakit yang teruk akibat tulang tersebut patah.

  1. Sista tulang aneurysmal

Sista jenis ini boleh berlaku pada mana-mana tulang, selalunya berlaku pada bahagian metaphysis tulang panjang dan tulang belakang. Gambar X-ray akan menunjukkan kawasan ‘eccentric’, ‘expansile’ atau ‘lytic’ ‘lesion’ yang menyebabkan tulang bengkak dan bahagian korteks menjadi tipis. Bahagian sistanya pula dibahagikan kepada beberapa ruangan yang mengandungi darah.

  1. Fibrous dysplasia

Kanser tulang jenis ini boleh melibatkan satu atau beberapa tulang. Bahagian tulang yang terlibat biasanya digantikan dengan fibrous stroma yang mengandungi tulang yang metaplastik. Gambar X-ray selalunya menunjukkan gambaran seperti bebola dan jalur.

.

Kanser Tulang Primary, malignan

  1. Osteosarcoma

Kanser tulang jenis ini kerap berlaku, meliputi 20 peratus daripada semua kanser tulang. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur selalunya antara umur 10 hingga 25 tahun dan lebih kerap berlaku kepada lelaki. Kanser ini sering ditemui di bahagian sendi lutut (40 peratus), bahagian pangkal tulang humerus (lapan peratus) dan pangkal tulang femur (tujuh peratus). Pesakit akan mengalami rasa sakit dan bengkak pada bahagian tulang yang terlibat dan rasa sakit serta bengkak ini boleh berlaku dan berubah dengan cepat. Sekiranya ia berlaku dekat dengan sendi, maka pergerakan pesakit juga akan terganggu.

Gambar X-ray akan menunjukkan ‘sclerotic intramedullary lesion’ pada bahagian terbabit yang membengkak dan kebanyakannya memusnahkan struktur tulang.

  1. Chondrosarcoma

Kanser tulang jenis ini merupakan jenis malignan yang kedua paling banyak berlaku selepas osteosarcoma dan ianya boleh menjadi agresif. Kanser ini boleh berlaku pada semua peringkat umur, selalunya antara 30 hingga 55 tahun. Bahagian yang paling kerap terjadinya kanser ini adalah tulang pelvis (30 peratus), bahagian pangkal femur (15 peratus), tulang rusuk (11 peratus), bahagian sendi bahu dan juga sendi lutut. Pesakit akan mengalami kesakitan dan bengkak di bahagian yang terlibat sementara gambar X-ray akan menunjukkan kawasan yang berlobus (lobulated) dan yang berbeza ketumpatannya. Ia boleh menyebabkan tulang membengkak dan memusnahkan struktur tulang.

  1. Ewing‘s sarcoma

Kanser tulang jenis ini jarang berlaku dan hanya merangkumi lima peratus kanser tulang yang malignan. Ia paling kerap berlaku pada kanak-kanak biasanya antara umur lima hingga 20 tahun, selalunya pada tulang pelvis, tulang kaki, sendi bahu dan tulang rusuk. Pesakit akan mengalami kesakitan, bengkak dan juga demam sementara gambar X-ray akan menunjukkan kawasan dikenali ‘moth-eaten lesion’.

  1. Malignant fibrous histiocytoma

Kanser jenis juga jarang berlaku dan lebih cenderung menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak. Ia biasanya terjadi pada tulang femur, tibia dan humerus.

.
Artikel Penuh: Utusan Melayu

Share link jenis kanser tulang


Ikhtiar untuk masalah anda. Kami sedia mendengar.  Terus klik pada nombor telefon untuk direct WhatsApp kami.

HOTLINE MALAYSIA:  012-329-2221 / 019-266-0080

HOTLINE SINGAPORE : +65-9755-1859