KAEDAH DIET CEGAH KANSER SERVIKS

KAEDAH DIET CEGAH KANSER SERVIKS

Kanser serviks adalah kanser ketiga paling kerap menyerang golongan wanita. Sekurang-kurangnya 200,000 wanita dilapor meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkenaan.

Lebih menakutkan apabila kebanyakkanya tidak menyedari kehadiran kanser dalam diri kerana tiada tanda-tanda yang drastic. Sebab itulah, sewaktu pemeriksaan kesihatan dijalankan maka kanser berkenaan sudah berada di tahap ketiga dan keempat.

.

Seorang pakar perubatan dari Hospital Fortis Hiranandani, india berkata, satu pertiga kes kematian membabitkan kanser serviks adalah disebabkan pola diet yang salah.

Sebenarnya, penyakit ini masih boleh dicegah dengan mengambil beberapa jenis makanan seterusnya mempraktikan diet yang baik untuk kesihatan.

kaedah diet cegah kanser serviks

Antara makanan yang disyorkan ialah:

.

Image result for fruit POLYPHENOL AND FLAVONOID

KAYA POLYPHENOL DAN FLAVONOID

Pengambilan minuman teh hijau, minyak zaitun, anggur merah, tomato, kacang merah, kacang tanah dan lada sangat digalakkan bagi mencegah penyakit kanser sekali gus menyingkir terus perkembangan sel tersebut di dalam tubuh. kandungan polyphenaol dan flavonoid dikatakan membantu menyekat penularan sel-sel tersebut sekali gus mengancam kesihatan individu yang beriksiko menerima penyakit tersebut.

.

.

Image result for vitamin a

KAYA VITAMIN A

Terdapat beberapa jenis makanan yang makanan yang mengandungi banyak vitamin A seperti lobak, oren, telur, tuna serta produk tenusu. Dikatakan bahawa makanan ini paling baik untuk mencegah kehadiran kanser serviks.

.

.

Image result for vitamin b folat

KAYA VITAMIN B FOLAT

Bagi mencegah kanser serviks seseorang individu perlu mengambil bentuk makanan yang mengandungi B folat. Ia kemudiannya bertindak untuk membantu menurunkan para homocysteinedan zat yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal pada serviks. Beberapa makanan yang dikenal pastikan keberkesan iaitu brokoli, kubis dan lain-lain lagi.

.

Image result for fruit KAYA BAHAN ANTIOKSIDAN

KAYA BAHAN ANTIOKSIDAN

Buah avokado cukup terkenal sebagai bahan antioksidan yang tinggi. Pada masa sama, ia juga berkemampuan melawan radikal bebas sekali gus mencegah dari berkembangnya penyakit kanser. Selain avokado, blueberi, lada, ceri, ikan salmon dan ikan yang mengandungi lemak boleh juga diamalkan. Di samping itu, sayur-sayuran seperti brokoli, bunga kubis dan kubis boleh diamalkan kerana mengandungi agen antiosidan yang dikenali sebagai lutein dan menurunkan risiko mendapat kanser.