Apa itu Kanser Darah – Leukemia

Leukemia adalah kanser yang berlaku dalam darah dan sum sum tulang akibat penghasilan sel darah putih abnormal yang tidak terkawal. Bilang sel darah putih abnormal yang banyak ini meyebabkan badan gagal melawan penyakit dan menganggu proses penghasilan sel darah merah dan platlet.

Leu-kemia boleh berlaku kepada kanak kanak dan dewasa. Biasa yang berlaku pada kanak kanak adalah AML (Acute myelogenous leukemia), manakala golongan dewasa selalu mengalami AML dan juga CML (Chronic myelogenous leukemia)

Siapa Yang Berisiko Mengalami Leukemia

Walaupun pakar tidak pasti punca utama leu-kemia, namun faktor ini adalah antara golongan berisiko:

  • Terdedah kepada tahap radiasi yang tinggi
  • Terdedah kepada bahan kimia benzene berulang kali
  • Pesakit yang pernah menjalani kimoterapi (chemotherapy)
  • Pesakit down syndrome
  • Sejarah keluarga yang pernah mengalami kanser leu-kemia

 

10 Tanda Tanda Serangan Kanser Leukemia,

  1. Deman, seram sejuk, berpeluh waktu malam, selesema
  2. Badan lemah tak bermaya
  3. Gusi bengkak dan berdarah
  4. Sakit kepala
  5. Hati dan limfa membengkak
  6. Tonsil membengkak
  7. Sakit tulang
  8. Kulit pucat
  9. Naik bintik merah dikulit
  10. Hilang berat badan

Bagaimana Kanser Leukemia Dirawat

Doktor akan menjalankan ujian CBC (Complete Blood Count) untuk mengesan sel leu-kemia.

Bilangan sel darah merah yang rendah dan bilangan sel darah putih yang tinggi mengesahkan kehadiran kanser darah ini.

Jika hasil ujian positif menunjukkan leu-kemia, doktor akan menjalankan pembedahan kecil mengambil sampel sum sum tulang untuk ujian seterusnya.

Rawatan yang akan diambil bergantung kepada umur, tahap kesihatan dan jenis leu-kemia. Biasanya kimoterapi, terapi biologi, terapi radiasi atau stem cell.

 Image result for leukemia

Adakah Leukemia Boleh Dielakkan?

Punca utama leu-kemia masih belum diketahui, jadi masih belum cara yang tepat bagi mengatasi masalah ini.

Namun langkah penjagaan awal mampu mengurangkan risiko penyakit leu-kemia ini daripada berlaku.

  • Jauhkan diri daripada terdedah kepada bahan kimia mengandungi benzene dan toluene.
  • Elakan daripada pancaran sinar X.
  • Kenalpasti simptom dan tanda kanser leu-kemia dan berjumpa pakar perubatan dengan kadar segera.
  • Mereka yang mempunyai sejarah keluarga mengalami kanser, berwaspada dengan tanda tanda dan simptom.