Kanser Limfoma Pembunuh Senyap Lelaki

Kanser atau barah limfoma mungkin agak kurang dikenali menerusi istilah perubatannya. Namun secara umumnya kanser jenis ini menyerang secara senyap penghidapnya. Kanser Limfoma

Di Malaysia, Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Ketiga mengenai Insiden limfoma antara 10 jenis kanser lazim. Insiden limfoma dalam kalangan lelaki ialah 6.2 peratus dan 3.4 peratus pada wanita berbanding semua jenis kanser.

Kanser limfoma ialah kanser pada sistem limfa yang mana sistem limfa itu membentuk sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Ia membabitkan organ, duktus dan nadus limfa.

Ia membawa cecair jernih dipanggil limfa. Komposisi lebih kurang sama dengan plasma tetapi kurang kandungan protien dan beberapa sel. Bahagian utama sistem limfa ialah sumsum tulang, limpa, kelenjar timus dan tonsil. Ia juga ada pada semua organ termasuk jantung, paru-paru, hati, usus dan kulit.

JENIS KANSER LIMFOMA

Limfoma Hodgkin

Jenis limfoma yang jarang berlaku dan diketegorikan dengan kehadiran sel tumor tidak normal dipanggil sel Reed Sternberg yang tidak ditemui pada limfoma lain. Jika diberi rawatan sesuai ,75 peratus pesakit boleh sembuh.

Limfoma Non-Hodgkin (NHL) 

Ia adalah jenis kanser yang paling lazim berlaku pada sistem limfa dan dibahagikan kepada limfoma sel B dan limfoma sel T. Merupakan kanser ketiga mengalami pertumbuhan yang cepat setelah kanser kulit dan paru-paru.

Banyak terjadi kepada orang dewasa dengan angka tertinggi pada anggaran usia 45 hingga 60 tahun.

Walaupun ada lebih 30 jenis limfoma NHL, secara umumnya ia dibahagi kepada tiga kumpulan utama mengikut kadar pertumbuhan tumor sama ada perlahan, sederhana ke cepat dan sangat cepat.

 

Image result for lymphoma cancer

PUNCA KANSER LIMFOMA

Sehingga kini ia masih belum diketahui penyebabnya namun pakar mengandaikan terdapat 4 kemungkinan iaitu:

  • Faktor keturunan.
  • Sistem perlindungan badan.
  • Jangkitan virus atau bakteria.
  • Toksin

SIMPTOM KANSER LIMFOMA

Meski tiada simptom khas kerana penyakit ini akan dapat dikesan ketika penyakit semakin teruk, namum simptom awal diharap dapat membantu mengenal penyakit.

  • Pembengkakan saluran pada kawasan leher, ketiak atau pangkal paha.
  • Penurunan berat badan secara mendadak.
  • rasa lelah yang berterusan.
  • Batuk-batuk dan sesak nafas.
  • Gatal-gatal.
  • Demam.
  • Berpeluh pada waktu malam.

PENGESANAN

  • ujian makmal menggunakan kadah Immunohistokemistri (IHC) yang membolehkan pengesanan yang tepat dan jika dirawat awal, pesakit ada peluang lebih baik untuk sembuh.
  • Pengimejan seperti Imbasan CT dan PET membantu pakar heamatologi menegsanperingkat kanser dan merancang rawatan sesuai.

KAEDAH RAWATAN KANSER LIMFOMA

Tunggu dan Lihat

Kaedah ini hanya untuk limfoma yang menunjukkan perkembangan sangat perlahan dan pesakit mengalami sedikit atai tiada gejala langsung. Dalam tempoh ini pesakit perlu kerap berjumpa doktor dan segera memaklumkan jika ada gejala baru muncul. Bagaimanapun, kewujudan ubat dengan sedikit kesam sampingan menjadikan pendekatan ini kurang menarik kerana kebanyakan pesakit dibelenggu kebimbangan.

Kemoterapi

Ubat kemoterapi bertujuan membunuh sel limfoma di seluruh badan. Ada banyak jenis ubat kemoterapi untuk merawat kanser. Jenis ubat bergantung kepada jenis kanser yang dihadapi. Pesakit boleh diberi rawatan kemoterapi saja tetapi biasanya doktor menggabungkan beberapa kaedah seperti ubat kemoterapi dan antibidi monoklonal. Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan sementara kemoterapi seperti mual, muntah, keguguran rambut dan jumlah darah yang rendah.

Antibodi monoklonal

Ini adalah ubat kelas baru yang menukar sepenuhnya kaedah rawatan limfoma NHL. Antibodi monoklonal yang digunakan untuk merawat limfoma ialah rituximab, ia memusnahkan sel limfosit B saja. Ubat ini kurang kesan sampingan berbanding terapi kanser yang lain.

Radiografi

Sinar X bertenaga tinggi digunakan untuk membunuh sel limfoma dan ia hanya untuk kanser yang berkumpul pada satu atau dua tempat.

Transplan

Transplan atau pemindahan sel stem haemopoetik (sel induk yang menghasilkan semua jenis sel darah ) antara rawatan pilihan untuk pesakit limfoma NHL yang agresif atau penyakit menyerang semula.