Kanser Mulut Terjadi Kerana Tabiat

Kanser Mulut Terjadi Kerana Tabiat

Kanser terjadi apabila struktur genetik (DNA) yang mengawal pertumbuhan sel-sel badan anda mengalami perubahan dan mutasi. Akibatnya, pertumbuhan sel-sel itu tidak terkawal oleh badan menyebabkan kemunculan sel-sel kanser. Sel-sel kanser ini kemudiannya akan membesar dengan cepat untuk membentuk satu tumor.Kanser mulut merupakan kanser yang ke-sebelas paling kerap dikesan di Malaysia, di mana dua kes baru kanser mulut dikesan setiap hari. Di Malaysia, kanser mulut paling banyak dikesan di kalangan kaum India dan diikuti kaum-kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kanser Lidah

Apa Yang Menyebabkan Kanser Mulut ?

1. Kerap Merokok

Seperti yang kita tahu, bahan yang didalam rokok adalah “carcinogen” iaitu ejen yang menyebabkan kanser.
Berdasarkan kajian yang dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hampir 60% daripada pesakit yang menghidap kanser mulut adalah perokok. Semakin ketagih anda merokok, maka semakin tinggilah risiko anda untuk mendapat kanser mulut.

2. Tabiat amalan Tembakau dan sirih

Amalan mengunyah sirih dan tembakau sering di amalkan oleh orang yang berumur dan kampung. Pengambilan sirih dan kapur, gambir, buah pinang dan sebagainya juga mengandungi “carcinogen” yang boleh menyebabkan kanser.

3. Alkohol yang berlebihan

Tabiat mengambil minuman beralkohol dengan kerap meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser mulut sehingga 2.5 kali ganda atau sebanyak 155%.
Pengambilan alkohol dan tembakau jika diambil pada masa yang sama dengan kerap boleh meningkatkan risiko mendapat kanser mulut berkali-kali ganda lagi.

4. Penyakit Human papilloma virus

HPV adalah sejenis virus penyakit kelamin yang boleh tersebar dari seorang individu kepada individu yang lain melalui sentuhan. Virus ini terutamanya HPV 16 dan 18 boleh menjangkiti bahagian mulut kerana kulit di bahagian kelamin dan mulut tidak banyak bezanya dari segi struktur. Virus ini dikaitkan dengan kes-kes individu-individu yang menghidap kanser mulut tetapi tidak merokok dan mengamalkan pengambilan minuman beralkohol.

5. Radiasi

Radiasi dari sinar matahari, sinar X dan gamma juga boleh menyebabkan sel-sel mengalami mutasi sekiranya anda terdedah kepada sinaran-sinaran tersebut untuk jangka masa yang lama. Amalkan memakai ‘sunscreen’ pada kulit atau pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinar UV [Sun Protection Factor (SPF)] jika anda selalu terdedah kepada sinar matahari untuk jangka masa yang lama.

6. Diet

Walaupun kaitan makanan dengan kanser mulut tidaklah sekukuh merokok dan alkohol, terdapat beberapa kajian yang mendapati pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, terutamanya yang mengandungi karotin (contohnya lobak merah, tomato dan buah oren) boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser mulut.

Cepat bertindak jika berlaku :-

-Tompok putih yang tidak hilang setelah disapu dengan kapas.
-Tompok merah
-Tompok merah dan putih yang bercampur
-Ulser atau luka yang berpanjangan
-Sebarang benjolan di dalam mulut dan leher
-Kesukaran mengunyah dan menelan makanan.
-Namun begitu, kehadiran mana-mana tanda yang disebut di atas tidak bermakna anda menghidap kanser mulut. Ia boleh juga disebabkan oleh keadaan lain yang mungkin tidak berkaitan dengan kanser. Doktor anda akan memeriksa dan menjalankan beberapa ujian lanjutan sebelum menentukan penyakit yang anda hidapi ketika temujanji.

Kawasan yang biasa terjadinya Kanser Mulut :-

*Lidah
*Lantai mulut
*Lapisan dalam pipi
*Gusi
*Lelangit
*Bibir bawah
*Faktor-faktor risiko

Faktor-faktor punca Kanser Mulut :-

-Merokok
-Mengunyah tembakau
-Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
-Minum alkohol yang berlebihan
-Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
-Apakah tanda-tanda kanser mulut ?

Tanda-tanda Kemungkinan Terjadi Kanser Mulut:-

a) Ulser yang lambat atau tidak sembuh
b) Tompok putih (leukoplakia)
c) Tompok merah (erythroplakia)
d) Nafas berbau (halitosis)
e) Bagaimana mendiagnosakan kanser mulut.
-Biopsi ( pengambilan dan penganalisisan tisu patolgi terbabit )
-Pengimejan ( kajian radiografi terhadap bahagian tubuh yang berkait dengan penularan kanser mulut ). Ini termasuklah
-Radiograf biasa
-CT Scan
-MRI ( magnetic resonance imaging )
-Scan tulang ( technitium bone scan )
-Ultrasound
-Prognosis

Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:

Tidak merokok
Tidak minum minuman alkohol
Tidak mengunyah tembakau / pinang
Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
Pengamalan gaya hidup sihat
Kanser mulut dan tabiat merokok
Berhenti merokok melebih dari 3 tahun boleh mengurangkan risiko kanser mulut sebanyak 50%.

Pemeriksaan mulut sendiri

 

Pemeriksaan Oral

 

Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu.
Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.

Kesimpulannya, adalah penting untuk kanser mulut dikesan awal supaya rawatan boleh dijalankan segera bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Adalah lebih baik lagi jika tabiat yang meningkatkan risiko kanser mulut ini dihentikan sebagai langkah pencegahan.

Latar belakang Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.