Kanser Ovari ( Ovarian Cancer )

kanser ovari
Pertumbuhan kanser pada ovari. Tanda tanda kanser ovari termasuklah kembung perut atau sakit perut, ia biasanya disalah tafsir sebagai sakit senak atau masalah gastrousus yang lain, dan ini boleh sukarkan diagnosis awal kanser ovari ini.
 .
Kelewatan ujian dan pertumbuhan cepat kanser ovari biasnya menyebabkan kanser ini sudah teruk semasa dapat dikenalpasti.
 .
Ia adalah yang paling biasa berlaku kepada wanita berumur 50 tahun keatas, tetapi ia boleh berlaku pada sebarang usia.
Terdapat beberapa jenis kanser ovari dan kanser ini boleh menjadi sukar untuk dirawat.
 .

Tanda tanda kanser ovari

 .
 .
  1. Ruang pelvic terasa berat
  2. Sakit dibahagian bawah perut
  3. Pendarahan melalui kemaluan
  4. Berat badan bertambah atau berkurang dengan banyak
  5. Kitaran haid tidak teratur
  6. Sakit belakang pinggang yang semakin teruk
  7. Ukur lilit pinggang bertambah
  8. Masalah sistem penghadaman yang tidak teratur
 .
 .

Rawatan Kanser Ovari

 .
 .
  1. Pembedahan
  2. Kimoterapi
  3. Radioterapi

Cara mencegah kanser ovari

  1. Wanita yang mengambil pil kawalan kelahiran mempunyai separuh risiko kanser ovari, mungkin kerana ubat-ubatan ini menghalang ovulasi.
  2. Menyusukan bayi boleh mengurangkan risiko kanser ovari.
  3. Mengurangkan jumlah lemak dalam diet juga dipercayai untuk membantu mengurangkan risiko mendapat kanser ovari.
 Kanser Ovari ( Ovarian Cancer )
Ia adalah penting untuk memeriksa dengan doktor jika anda mengalami mana-mana tanda berikut:
 .
  1. Perut tak selesa / sakit perut berpanjangan
  2. Kembung perut
  3. Loya yang berterusan atau semakin teruk atau cirit-birit
  4. Kerap membuang air kecil
  5. Pertambahan atau penurunan berat badan secara tiba-tiba
  6. Pendarahan faraj yang tidak normal
  7. Ingat, tanda-tanda kanser ovari adalah tidak jelas dan biasanya sama seperti masalah kurang serius yang lain.
Penting untuk melakukan pemeriksaan pelvis biasa, dan menjadi sangat berhati-hati dengan gejala-gejala ini jika anda mempunyai risiko tinggi kanser ovari.
Wanita yang berisiko tinggi mendapat kanser ovari termasuk mereka yang:
  1.  Dikenali sebagai pembawa genetik gen BRCA1 atau BRCA2
  2. Mempunyai saudara (kakak, ibu atau anak perempuan) disahkan menghidap kanser ovari
  3. Mempunyai saudara yang mempunyai kanser payudara atau kanser kolon
  4. 50 tahun Keatas
  5. Tidak pernah mempunyai anak

Kanser Ovari ( Ovarian Cancer )