KANSER SERVIKS PEMBUNUH NO.2 WANITA

KANSER SERVIKS PEMBUNUH NO.2 WANITA

KANSER PANGKAL RAHIM(SERVIKS)

Kini di anggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilaporkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Laporan NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan banyak kes-kes yang tidak dilaporkan. Kebarangkalian seseorang wanita untuk menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya adalah 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang.

STATISTIK KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)

1.   KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS) merupakan Pembunuh Kedua Wanita di Malaysia!

2.  Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tahun 2007, lebih 700 Wanita Malaysia meninggal dunia akibat Kanser Serviks setiap tahun

3.  Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Tahun 2003, 19.7% daripada 100,000 Wanita Malaysia di sahkanKanser Serviks iaitu 1:5

4.  Laporan terkini: 4 Wanita dijangkiti virus HPV setiap hari di mana antar 2000 hingga 3000 menghidap Kanser Serviks setiap tahun ( Buletin Utama 31 Mac 2010)

Kategori Kanser Yang Kerap Menyerang Kaum Wanita di Semenanjung Malaysia

FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM(SERVIKS)

  • Hubungan seks pada usia muda
  • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  • Merokok
  • Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah eperti penyakit AIDS, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  • Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
  • Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian PAP Smear boleh di kategorikan sebagai golongan yang berisiko menghidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian PAP Smear boleh mencegah kanser pangkal rahim

    Suntikan Vaksin HPV bagi remaja wanita amat WAJIB bagi mengelakkan Kanser Pangkal Rahim (Serviks)

TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM 

  1. Pendarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding”)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan
  3. Pendarahan di pertengahan kitaran haid
  4. Pendarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badanJusteru, adalah penting bagi golongan wanita mempunyai kesedaran mengenai kanser serviks supaya mereka menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit lebih awal.