Kenali Kanser Hati

Hati adalah organ yang terletak di bahagian kanan diatas perut dan dibawah paru paru. Kejadian kanser hati paling banyak berlaku adalah jenis “hepatocellular carcinoma” yang mana ia bermula dari sel hati jenis “hepatocyte”.

Kanser hati boleh juga berlaku akibat jangkitan dari organ badan lain yang diserang kanser seperti usus, paru paru dan payudara.

Tanda Tanda Kanser Hati

Biasanya pada peringkat awal tanda kanser hati tidak dapat dikesan. Jika ia sudah terjadi berikut adalah antara tanda yang biasa akan berlaku.

  • Berat badan menurun secara mendadak
  • Hilang selera makan
  • Sakit pada bahagian atas perut
  • Berasa loya dan muntah muntah
  • Badan menjadi lemah dan mudah demam
  • Bengkak pada bahagian atas kanan perut
  • Kulit dan warna mata menjadi kekuningan (juandis)
  • Najis berwarna cerah dan pucat

Bagaimana Kanser Hati Berlaku?

Ia biasa berlaku akibat jangkitan daripada virus hepatitis. Kanser hati berlaku apabila sel sihat berubah dan menyebabkan mutasi pada DNA. Sel mutasi yang rosak tadi mula berkembang dan membelah kumpulan sel kanser membentuk tumor.

Faktor Risiko Penyebab Kanser Hati.

  • Jangkitan daripada HBV & HCV – jangkitan virus Hepatitis B dan Hepatitis C meningkatkan risiko berlaku terjadinya kanser hati.
  • Cirrhosis – keadaan dimana hati terluka dan membentuk calar, proses ini menyumbang kepada pembentukan kanser
  • Faktor keturunan – ia juga disumbang oleh fakor keturunan terutamanya kanser hati jenis hemochromatosis dan penyakit Wilson.
  • Kencing manis – orang yang mempunyai kadar gula tinggi lebih berisiko mendapat kasner hati
  • Hati berlemak (fatty liver) – pembentukan dan pemgumpalan lemak pada hati meningkatkan risiko serangan.
  • Alkohol – pengambilan alkohol berlebihan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan funsi hati, ia juga terdedah kepada serangan kanser.
  • Obesiti – indeks berat badan berlebihan menigkatkan risiko penyakit ini.

Prosedur Rawatan Kanser Hati

  • Pembedahan – pembuangan sebahagian daripada tisu hati yang rosak akibat kanser akan dilakukan jika saiznya kecil dan keadaan hati masih sihat.
  • Pemindahan Organ – hati yang rosak akan dibuang dan diganti dengan hati yang sihat dari penderma
  • Pembekuan sel kanser – dalam prosedur ini doktor akan memasukan peralatan (cryoprobe) yang mengandungi cecair nitrogen ke bahagian hati yang rosak. Ultrasound akan digunakan untuk memantau cyroprobe dan juga pembekuan sel kanser.
  • Pemanasan sel kanser – prosedur ini menggunakan arus elektrik untuk memanas dan mematikan sel kanser.
  • Kimoterapi – sejenis bahan yang digunakan untuk membunuh sel kanser.
  • Radioterapi – menggunakan pancaran sinar yang kuat untuk membunuh sel kanser.

kanser hati - kenali kanser