KENALI PENYAKIT GOUT

Berlaku apabila asid urik di dalam badan meningkat disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pengeluaran dan perkumuhan asid urik . Kristal asid urik akan berkumpul di dalam sendi menyebabkan bengkak. Serangan biasanya berulang dan biasanya berlaku di pergelangan kaki, lutut dan tangan.

Gout memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada sekalipun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

FAKTOR RISIKO PENYAKIT GOUT

(a) Jantina
Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

(b) Gaya hidup
Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

(c) Obesiti
Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

(d) Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat

Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.

Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

(e) Genetik
Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

(f) Umur
Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid. Bila sepatutnya mendapatkan rawatan?
Menurut Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout.
Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Faktor Risiko Gout

Tanda-tanda Penyakit Gout

1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

tanda-tanda Gout

 

Tip Sihat Elak Penyakit Gout

1. Amalkan cara hidup dan pemakanan yang
sihat untuk mengelakkan dari mendapat
penyakit gout terutamanya bagi anda yang
menpunyai risiko keturunan.

2. Mengambil makanan yang seimbang dan
tidak mengandungi daging, makanan laut
dan minuman yang beralkohol.

3. Anda digalakkan untuk melakukan
senaman secara rutin untuk
mengekalkan kecergasan badan dan
mengekalkan berat badan yang ideal.

 

sumber: Majalahsains