KESAN STRESS TERHADAP KESIHATAN

KESAN STRESS TERHADAP KESIHATAN

  • Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita.

 

  • Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai ” suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya”.

–   ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman , cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.
–  Ada tekanan perasaan yang baik ( positif ) dan ianya dinamakan sebagai ” eustress ” manakala yang buruk ( negatif ) pula dinamakan sebagai ” distress ” .

 

PERUBAHAN KETIKA STRESS

  • Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ ke dalam saluran darah kita . Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita.

 

  • Di antara perubahan – perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat ( untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung- organ penting); gula, lemak dan kolestrol di dalam darah akan bertambah ( untuk menjana lebih tenaga kepada badan ); pernafasan seseorang akan lebih laju ( untuk menyalurkan lebihan oksigen yang di perlukan) dan begitulah seterusnya.

 

  • Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu.Walaubagaimanpun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan berputar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

 

 

 

 

SIMPTOM-SIMPTOM TEKANAN

Berikut terdapat beberapa implikasi apabila seseorang berada dalam krisis tekanan. Antaranya ialah seseorang itu akan: –

–         kerap berasa letih,

–         mempunyai masalah untuk tidur

–         kurang selera makan,

–         sakit kepala atau rasa ingin pitam

–         tidak dapat memberi tumpuan terhadap tugasan yang dilakukan

–         daya ingatan yang terganggu

–         berasa bersalah terhadap pengalaman hitam

–         berasa lemah dalam menghadapi kehidupan

–         berubah menjadi sensitif

–         ragu-ragu atau sangsi untuk membuat keputusan,

–         pemarah dan beremosi yang tidak terkawal.

GEJALA KETIKA STRESS

  • Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

 

  • Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

 

  • Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

 

  • Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

MASALAH KESIHATAN AKIBAT STRESS

  • Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)

 

  • Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress).• Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)

 

  • Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)

 

  • Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994).

 

  • Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)

 

  • Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

PENGURUSAN STRESS

  • Pemakanan sihat – Ia adalah elemen teras di mana piramid makanan adalah permulaan kepada gaya hidup yang lebih baik. Pemakanan yang baik menyumbang kepada fizikal luaran dan dalaman yang lebih baik. Lebih baik daripada segi penampilan dan juga kesihatan dalaman seperti jantung, tekanan darah, paras gula dan sebagainya.

 

  • Senaman secara berkala – Senaman secara berkala membantu mencapai tahap optimum fizikal dan mental seseorang itu. Secara spiritual ia menggalakkan kita bergaul sesama sendiri melalui aktiviti yang disertai. Secara tidak lansung kehidupan sosial kita juga lebih berkualiti.

 

  • Kualiti tidur yang baik – Kualiti tidur yang baik juga adalah di antara elemen gaya hidup yang baik. Rehat yang cukup mempersiapkan kita untuk menjalani aktiviti hari-hari seterusnya dengan lebih baik.

 

  • Pengisian rohani – Menjaga hubungan baik dengan Maha Pencipta. Senantiasalah berdoa dan jangan pernah berputus asa memohon petunjuk serta bantuanNya. Usaha dan ikhtiar yang tidak disertai dengan doa itu kesombongan, manakala doa yang tanpa usaha adalah siasia.

 

Makanan tambahan kesihatan juga perlu di amalkan bagi meningkatkan kesihatan dan mengelakkan anda dari penyakit atau masalah penyakit Kronik . Amalkan secara sebelum kesihatan tubuh badan menjadi kronik tanpa kita sedar.

===================
Sari Agegard Plus
===================

  • ♕♛ Kebaikan Sari Agegard Plus
  • ✔ Triple Amydglin B17 -Gabungan 3 sumber HEBAT iaitu pati biji Aprikot,Buah Prune dan Anggur yg berkesan membunuh SEL KANSER
  • ✔ Double Stemcell – berfungsi utk baikpulih dan ganti sel induk dan sel2 organ yg BARU disamping dpt meningkatkan sistem IMUNISASI dan sistem peredaran darah
  • Ozone Fortified – ianya terdiri drp tiga molekul oksigen berupaya bertindak sbg ejen membersih darah, membunuh kuman, virus serta mengaktifkan semula

 

 

 

 

DISCLAIMER : Produk Sari Agegard Plus TIDAK bertujuan MERAWAT, MENYEMBUH atau MENCEGAH sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah PENGALAMAN PERIBADI individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza”

 .
PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR SAMPINGAN SELAIN TERUS MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & DOKTOR.
 .
** Produk ini adalah IKHTIAR semata2 dan Kuasa PENYEMBUHAN MUTLAK tetap di tangan Allah SWT.
⬆⬆⬆⬆
 .
====================================
☛ Sebarang Pertanyaan boleh PM kami di sini ☚
====================================
 .
HOTLINE :
012-329 2221
Klik di sini utk Whatsapp http://tinyurl.com/WanZahari ( En. Wan Zahari )
 .
019 266 0080
Klik disini utk whatsapp http://tinyurl.com/MasHabshee ( Puan Mas )
 .
Instagram : Tuah Primadona
 .
Alamat Ofis :
( Bersebelahan Bangunan Maybank Alam Damai )
Hubungi : 019 – 668 1959
 .
Hubungi 019 – 6020 479 Siti Aisyah