Kolesterol Bahaya Pada Kesihatan ?

Kolesterol Bahaya Pada Kesihatan ?

Tubuh kita memerlukan kolesterol. Tetapi jika terlalu banyak kolesterol tidak elok, ia akan menyesakkan arteri, kolesterol dihasilkan secara semula jadi oleh hati, dan juga daripada makanan tertentu seperti telur dan daging merah. Malah jika terlalu banyak kolesterol jahat atau kolesterol LDL meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, dan masalah-masalah lain. Memiliki tahap rendah kolesterol baik atau kolesterol HDL boleh memberi kesan yang sama.

Tahap kolesterol seharusnya diukur sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun bagi setiap orang yang berusia melebihi 20 tahun. Ujian darah yang dikenali sebagai profil lipid. Pakar mencadangkan agar lelaki 35 tahun dan ke atas, dan wanita berusia 45 tahun dan ke atas lebih kerap mengesan masalah lipid.

.

PROFIL LIPID TERMASUKLAH :

  • kolesterol keseluruhan.
  • LDL (kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah atau kolesterol jahat).
  • HDL (kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi atau kolesterol baik).
  • Trigliserid (lemak-lemak yang dibawa dalam darah daripada makanan yang dimakan. Kalori, alkohol  atau gula berlebihan dalam tubuh ditukarkan kepada trigliserid dan disimpan dalam sel-sel lemak di seluruh tubuh).

.

PENYEBAB KOLESTEROL TINGGI

Kolesterol anda tinggi? Apa penyebab kolesterol tinggi?7

1) Terlalu banyak memakan lemak tepu boleh menyebabkan kolesterol tinggi.

Anda boleh menjumpai lemak tidak sihat dalam makanan yang didapati daripada haiwan. Daging lembu, daging anak lembu, susu, telur, mentega dan keju mengandungi lemak tepu. Makanan diproses yang mengandungi minyak kelapa, minyak kelapa sawit, atau mentega koko memiliki minyak banyak lemak tepu dalam merjerin, lemak sayuran, dan kebanyakan biskut.

2) BERAT BADAN

Apabila berat badan anda berlebihan ia boleh meningkatkan trigliserid dan mengurangkan HDL, atau kolesterol baik.

3) TAHAP AKTIVITI

Kekurangan aktiviti fizikal boleh meningkatkan LDL, atau kolesterol jahat, dan mengurangkan HDL atau kolesterol baik.

4) USIA DAN JANTINA

Selepas anda mencapai usia 20 tahun, tahap kolesterol secara semula jadinya mula meningkat. Bagi lelaki, tahap kolesterol biasanya berkurangan selepas usia 50 tahun. Bagi wanita, tahap kolesterol kekal rendah sehinggalah menopaus.

5) KESIHATAN KESELURUHAN

Jika boleh jangan mengabaikan pemeriksaan fizikal tahunan. Pastikan doktor anda menerangkan mengenai risiko penyakit jantung. Mengalami penyakit tertentu seperti diabetes atau hipotiroidism boleh menyebabkan kolesterol tinggi.

6) SEJARAH KELUARGA

Jika ada ahli keluarga memiliki kolesterol tinggi, berkemungkinan besar anda juga akan mewarisnya.

7) MEROKOK

Merokok boleh merendahkan kolesterol baik. Ia juga boleh membunuh anda. Jadi, apa salahnya anda berhenti merokok.

.

PENYAKIT YANG DIKAITKAN DENGAN KOLESTEROL

Kolesterol tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Ini termasuklah penyakit jantung koronri, strok dan penyakit vascular periferi. Kolesterol tinggi juga turut dikaitkan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi. Bagi mencegah atau mengurus keadaan ini, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui langkah yang perlu dibuat untuk merendahkan kolesterol.

.

KOLESTEROL DAN PENYAKIT JANTUNG KORONARI

Risiko utama daripada kolesterol tinggi adalah penyakit jantung koronari. Jika tahap kolesterol terlalu tinggi, kolesterol boleh terbentuk dalam dinding arteri. Seiring masa, pembentukan kolesterol – dikenali sebagai plak – menyebabakan pengerasan arteria tau atherosclerosis. Keadaan ini menyebabakan penyempitan pada arteri, dan akan memperlahankan aliran darah ke otot jantung. Pengaliran darah yang berkurangan boleh meyebabkan angin (sakit dada) atau serangan jantung jika pembuluh darah tersekat sepenuhnya.

.

KOLESTEROL DAN STROK

Atherosclerosis menyebabkan arteri yang membawa kepada otak menjadi sempit dan boleh juga tersekat. Jika pembuluh membawa darah ke otak terhalang sepenuhnya, anda boleh mendapat strok.

.

KOLESTEROL DAN DIABETES

Diabetes boleh mengganggu keseimbangan antara tahap kolesterol HDL dan LDL. Penghidap diabetes cenderung untuk memiliki partikel LDL yang melekat pada arteri dan merosakkan dinding pembuluh darah dengan lebih mudah. Glukos melekit pada lipoprotein. LDL yang diselaputi gula kekal dalam aliran darah lebih lama dan boleh membawa kepada pembentukkan plak. Pesakit diabetes cenderung memiliki HDL rendah dan trigliserid tinggi. Kedua-dua ini merangsang risiko penyakit jantung dan arteri.

.

KOLESTEROL DAN TAKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi turut dikaitkan bersama. Apabila arteri menjadi keras dan sempit dengan plak kolesterol dan kalsium, jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah melaluinya. Kesan daripada itu, tekanan darah menjadi terlalu tinggi. Tekanan darah tinggi juga turut dikaitkan dengan penyakit jantung.

 

Kolestrol bahaya pd kesihatan