Leukemia Sejenis Kanser Darah

Leukemia Sejenis Kanser Darah

Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang merupakan satu organ penghasilan darah yang terdapat di dalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. Sel-sel leukemia adalah sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama berbanding sel-sel darah yang normal. Oleh sebab itu, sel-sel leukemia mampu menghapuskan fungsi sum-sum tulang dan menghalang penghasilan sel-sel darah yang normal.

Terdapat pelbagai jenis leukemia dan adalah penting untuk mengenalpasti jenis leukemia yang dihadapi. Ini adalah disebabkan rawatan dan peluang sembuh untuk leukemia yang berlainan adalah berbeza.

Terdapat 2 jenis leukemia yang utama iaitu “Acute Leukaemia” atau “Chronic Leukaemia”. Perbezaaan utama diantara kedua-dua jenis leukemia ini adalah kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak. “Acute Leukaemia” adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding “Chronic Leukaemia” yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.

Setiap jenis leukemia ini pula dibahagikan kepada dua bentuk utama bergantung kepada sel darah asal dimana leukemia ini mula terjadi iaitu dari jenis “myeloid” atau “lymphoid”. Dengan ini terdapat 4 kumpulan penyakit leukemia yang utama iaitu ;

  • Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL)
  • Chronic Lymphocytic Leukaemia (CLL)
  • Acute Myeloid Leukaemia (AML)
  • Chronic Myeloid Leukaemia (CML)

Leukemia Sejenis Kanser Darah

Siapa Yang Berisiko Mengalami Leukemia

Walaupun pakar tidak pasti punya utama leukemia, namun faktor ini adalah antara golongan berisiko:

  • Terdedah kepada tahap radiasi yang tinggi
  • Terdedah kepada bahan kimia benzene berulang kali
  • Pesakit yang pernah menjalani kimoterapi (chemotherapy)
  • Pesakit down syndrome
  • Sejarah keluarga yang pernah mengalami kanser leukemia

10 Tanda Tanda Serangan Kanser Leukemia

  1. Deman, seram sejuk, berpeluh waktu malam, selesema
  2. Badan lemah tak bermaya
  3. Gusi bengkak dan berdarah
  4. Sakit kepala
  5. Hati dan limfa membengkak
  6. Tonsil membengkak
  7. Sakit tulang
  8. Kulit pucat
  9. Naik bintik merah dikulit
  10. Hilang berat badan

Komplikasi

Jika tidak dirawat, pendarahan yang serius boleh berlaku seperti pendarahan dalam otak atau jangkitan yang serius seperti jangkitan bakteria dan kulat. Disamping itu, kesesakan nafas dan kesakitan dada boleh juga berlaku akibat kekurangan sel darah merah. Biasanya penyakit “Acute Leukemia” yang tidak dirawat akan membawa maut dalam masa yang singkat.

Penyakit leukemia adalah tidak berjangkit dan tidak diwarisi.

Leukemia Sejenis Kanser Darah

Diagnosa

Penyakit leukemia boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Dalam prosedur ini, satu sample darah sum-sum diperolehi daripada sum-sum tulang yang kebiasaanya tulang pinggul. Prosedur ini merupakan prosedur yang selamat dan hanya memerlukan bius setempat. Kemudian sampel darah sum-sum ini diperiksa dengan menggunakan beberapa ujian khas untuk mengenalpasti jenis sel leukemia berkenaan.

Rawatan

Pada hari ini, penyakit leukemia dapat dirawat dengan baik. Bergantung kepada jenis leukemia, rawatannya adalah berbeza. Penyakit leukemia yang akut memerlukan rawatan “chemotherapy” yang intensif dan dalam kes-kes tertentu pemindahan sum-sum tulang. Tujuan rawatan adalah untuk menghapuskan sel-sel leukemia dan membenarkan sel-sel darah yang normal pulih kembali. Dalam kes-kes yang berisiko tinggi untuk berulang, rawatan pemindahan sum-sum tulang adalah disyorkan. Dengan rawatan moden, penyakit leukemia mampu disembuhkan.

Penyakit “Chronic Leukaemia” pula biasanya boleh dikawal dengan mengambil ubat. Contohnya penyakit “Chronic Myeloid Leukaemia” (CML) boleh dikawal dengan amat memuaskan dengan menggunakan sejenis ubat yang dinamakan “Tyrosine Kinase Inhibitor”. Kini, pesakit CML mampu hidup dengan normal tanpa apa-apa tanda penyakit untuk jangka masa yang amat lama.

Pada hari ini, rawatan untuk penyakit leukemia sedang berkembang dengan pesat dan banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mendapatkan rawatan yang lebih mujarab dan selamat. Pengidap penyakit leukemia yang tidak dapat dirawat pada masa lampau mempunyai masa depan yang lebih cerah dan diharap penyakit ini boleh disembuhkan dengan sepenuhnya pada masa hadapan.

Adakah Leukemia Boleh Dielakkan?

Punca utama leukemia masih belum diketahui, jadi masih belum cara yang tepat bagi mengatasi masalah ini.

Namun langkah penjagaan awal mampu mengurangkan risiko penyakit leukemia ini daripada berlaku.

  • Jauhkan diri daripada terdedah kepada bahan kimia mengandungi benzene dan toluene.
  • Elakkan daripada pancaran sinar X.
  • Kenalpasti simptom dan tanda kanser leukemia dan berjumpa pakar perubatan dengan kadar segera.
  • Mereka yang mempunyai sejarah keluarga mengalami kanser, berwaspada dengan tanda tanda dan simptom.
sumber:myhealth&kenali kanser