Luaskan Pengetahuan Mengenai Kanser Prostat

Luaskan Pengetahuan Mengenai Kanser Prostat

Bukan kaum wanita sahaja yang terdedah kepada risiko penyakit kanser malah kaum lelaki juga tidak dapat lari daripadanya.
Antara penyakit kanser yang biasa dialami pesakit lelaki ialah kanser prostat, usus, kerongkong, pundi kencing dan sebagainya.

Kaum Adam peka tentang Isu Kanser Prostat

Kebelakangan ini isu tentang kanser prostat serta permasalahan kesihatan kaum lelaki semakin rancak di perkatakan. Ini menunjukkan keprihatinan kaum Adam mengenai aspek kesihatan mereka.

Walaupun kanser adalah penyakit merbahaya yang boleh membawa maut namun jika berjaya di kesan pada peringkat awal, individu itu mampu menjalani hidup lebih lama daripada yang di jangkakan.

Apa Itu Prostat?

Prostat adalah organ yang terletak betul-betul di bawah pundi kencing. Ia berbentuk seperti kacang yang mengelilingi saluran kencing dan sebahagiannya terdiri daripada serat-serat otot.
Kelenjar prostat ini menghasilkan cecair mani, manakala otot-ototnya itu akan menolak cecair ini semasa ejakulasi ( pancutan semasa hubungan seks).

Selain itu, otot-otot ini juga bekerja bersama-sama dengan otot pundi kencing untuk mengawal pengaliran air kencing.

Terjadinya Kanser Prostat

Kanser adalah sekumpulan sel ( berasal daripada satu sel) yang telah hilang atau lemah mekanisme kawalannya yang normal dan mengalami masalah dari segi perkembangannya.
Sel malignan boleh membiak dari mana-mana organ di dalam badan. Apabila sel-sel ini semakin banyak membiak dan berpecah maka lama-kelamaan membentuk satu tumor, secara tidak langsung sel ini akan memusnahkan tisu yang normal.

Terdapat 2 jenis Tumor , Tumor ada yang berbahaya serta memudaratkan dan ada juga yang tidak berbahaya iaitu di kenali sebagai BPH atau benign prostatic hyperplasia, manakala tumor yang bahaya merupakan kanser.

Walaupun BPH bukannya sejenis tumor yang bahaya tetapi apabila prostat bengkak berlaku di kalangan lelaki berusia, individu itu akan mengalami masalah atau kesakitan ketika membuang air kecil.
BPH sudah menjadi kebiasaan di kalangan lelaki dewasa dan ia tidak membiak seperti sel kanser.

Bahayanya Kanser Prostat

Kanser yang merebak akan memasuki saluran darah dan sistem limfa dan kebahagian badan yang lain.
Pergerakan kanser ke destinasinya(organ-organ) ini dinamakan metastatik.

Misalnya, jika penyebaran sel kanser prostat ini merebak hingga kehati, sel kanser itu masih lagi sel kanser prostat dan penyakit ini dikenali sebagai kanser prostat metastatic bukannya kanser hati.
Sehingga kini punca sebanarnya penyebaran sel yang tidak normal ini masih belum di ketahui.

Sebenarnya ada sesetengah kaum lelaki tidak menyedari mereka mnghidap kanser prostat sehinggalah berlakunya masalah ketika kencing ataupun adanya simptom-simptom awal.
Tidak hairanlah ada pesakit kanser prostat boleh bertahan untuk beberapa tahun tanpa mengetahui dia mempunyai kanser prostat.

Faktor Kanser Prostat

KETURUNAN 

Sejarah keluarga sangat penting apabila memperkatakan tentang kanser.
Sekiranya ada di kalangan keuarga terutamanya ayah atau abang yang menghidap kanser prostat, kebarangkalian untuk mendapatkan penyakit ini dua kali lebih tinggi berbanding dengn keluarga yang tidak ada sejarah penyakit ini. Malah dalam usia muda lagi berkemungkinan akan mendapat penyakit ini kalau ada ahli keluarga yang pernah menghidap kanser prostat.

UMUR

Apabila usia semakin meningkat, maka seiring dengan itu juga kanser prostat akan merebak.
Kajian di Amerika menunjukkan bahawa lelaki yang berusia dalam lingkungan awal 50-an, seorang daripada empat  akan mendapat kanser prostat. Sehingga mencapai umur 80, nisbah ini akan meningkat satu di antara dua orang lelaki.

BANGSA

Dari segi bangsa, lelaki di Asia agak rendah risikonya untuk mendapat kanser prostat, berbanding dengan lelaki di Amerika. Bagi lelaki Negro mereka lebih berisiko tinggi mendapat penyakit itu jika di bandingkan dengan lelaki Amerika berkulit putih.

DIET

Kajian menunjukkan bahawa diet tinggi lemak akan meningkatkan risiko kanser prostat.
Ini kerana lemak akan mengeluarkan  hormon testosteron yang mempercepatkan pembiakan sel kanser prostat.

Tanda – Tanda Awal atau Gejala 

 

peringkat awal, kanser prostat biasanya tiada apa-apa Simptom atau Tanda.

Tetapi jika bengkak memberi kesan uretra atau kanser prostat mula merebak, berikut adalah beberapa tanda-tanda yang biasanya akan terjadi:

  • Kerap membuang air kecil terutama di waktu malam
  • Aliran air kecing yang tidak lancar
  • Kesukaran memulakan atau menahan aliran air kencing.
  • Terdapat kesan darah dalam air kencing/air mani
  • Sakit semasa membuang air kecil (tidak selalunya berlaku)
  • Tidak boleh kencing berdiri
  • Hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil
  • Alami mati pucuk
  • Seringkali terasa sakit di bahagian tulang belakang, bahagian pinggul/pinggang pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada.

    Makanan tambahan kesihatan juga perlu di amalkan bagi meningkatkan kesihatan dan mengelakkan anda dari penyakit atau masalah Prostat Bengkak dan Kanser Prostat. Amalkan secara sebelum kesihatan Prostat menjadi kronik tanpa kita sedar.

===================
Sari Agegard Plus
===================
♕♛ Kebaikan Sari Agegard Plus

✔ Triple Amydglin B17 -Gabungan 3 sumber HEBAT iaitu pati biji Aprikot,Buah Prune dan Anggur yg berkesan membunuh SEL KANSER

✔ Double Stemcell – berfungsi utk baikpulih dan ganti sel induk dan sel2 organ yg BARU disamping dpt meningkatkan sistem IMUNISASI dan sistem peredaran darah

✔Ozone Fortified – ianya terdiri drp tiga molekul oksigen berupaya bertindak sbg ejen membersih darah, membunuh kuman, virus serta mengaktifkan semula sistem pertahanan tubuh

 .
DISCLAIMER : Produk Sari Agegard Plus TIDAK bertujuan MERAWAT, MENYEMBUH atau MENCEGAH sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah PENGALAMAN PERIBADI individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza”
 .
PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR SAMPINGAN SELAIN TERUS MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & DOKTOR.
 .
** Produk ini adalah IKHTIAR semata2 dan Kuasa PENYEMBUHAN MUTLAK tetap di tangan Allah SWT.
⬆⬆⬆⬆
 .
====================================
☛ Sebarang Pertanyaan boleh PM kami di sini ☚
====================================
 .
HOTLINE :
012-329 2221
Klik di sini utk Whatsapp http://tinyurl.com/WanZahari ( En. Wan Zahari )
 .
019 266 0080
Klik disini utk whatsapp http://tinyurl.com/MasHabshee ( Puan Mas )
 .
Instagram : Tuah Primadona
 .
Alamat Ofis :
( Bersebelahan Bangunan Maybank Alam Damai )
Hubungi : 019 – 668 1959
 .
Hubungi 019 – 6020 479 Siti Aisyah