Makanan Baik Untuk Jantung

Sumber makanan memainkan peranan penting dalam mendapatkan kesihatan jantung yang baik. Makanan yang mengandungi Omega-3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Ketahui makanan baik untuk jantung yang sihat.

Oat

Semangkuk oat panas kaya dengan asid lemak omega-3, folat dan kalium. Ia juga kaya dengan serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

Salmon

Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Dua hirisan salmon seminggu dapat mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus. Ia mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat.

Avokado

Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh. Ia memungkinkan penyerapan karotenoid lain, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung.

Bayam

Bayam kaya akan pelbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

Berries

Blueberi, respberi, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan serta berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu. Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

Kekacang

Kacang-kacang seperti walnut dan badam sangat membantu mencegah risiko serangan jantung.

Kacang Soya

Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana ia adalah rendah lemak.

Kacang Peas

Tambahkan pemgambilan kacang peas seperti kacang merah dan kacang hitam untuk kekal sihat.