Manfaat buah strawberi untuk kesihatan

Buah strawberi sebagai Anti-kanser.

Strawberi termasuk dalam senarai top “superfoods” kerana mempunyai kemampuan menecegah dari berbagai macam penyakit termasuk penyakit kanser. Hal tersebut kerana kandungan anti oksidan yang sangat tinggi yang terdapat dalam buah strawberi yang bekerja secara sinergi dan lebih kuat dalam melawan pengoksidaan sekaligus mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh kita.

Mempertajam daya ingat serta kesihatan mental

Kajian telah Telah menunjukkan bahawa bahawa, selain mempunyai kesan anti – anemia, folat yang ditemui dalam buah strawberry juga ber-manfaat untuk meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kemampuan otak untuk memproses maklumat. Hal ini juga penting untuk mencegah cacat otak pada bayi sepanjang masa kehamilan sang ibu.

Menjaga kesihatan pencernaan

Oleh kerana kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah strawberi sehingga dapat merangsang rembesan air liur dan cecair perut, dengan demikian dapat meningkatkan pencernaan terutama terhadap protein. Selain itu, serat yang terkandung dalam strawberry sangat berkesan untuk mengurangkan sembelit dan membersihkan usus besar.

Menjaga kesihatan Jantung

Anti – oksidan yang dijumpai dalam buah strawberry berupa perpaduan antara vitamin C dan anthocyanidins, dapat membantu melindungi arteri dari kerosakan, serta mencegah pembentukan bekuan darah dalam pembuluh darah.

Menjaga Kesihatan Tulang

Strawberi mengandungi kira-kira 21% daripada Mangan yang membantu untuk mengekalkan kepadatan tulang. Kalium dan Vitamin K yang ditemui dalam Strawberry juga sangat baik untuk kesihatan tulang anda.

Menurunkan Kolesterol

Strawberi kaya akan phyto – nutrisi yang merupakan jenis kompaun yang berperanan untuk mencegah dari berbagai macam penyakit. Kompaun ini juga lah yang membuat warna dan juga bau pada buah strawberi. Kompaun ini juga telah terbukti mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dengan menghalang pengoksidaan low density lipo – protein (LDL).

khasiat strawberi