Penyakit Tiroid dan tanda-tanda

Penyakit Tiroid dan tanda-tanda

Goiter iaitu bengkak kelenjar tiroid. TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme – dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori. Goiter – bengkak kelenjar tiroid.

Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.

Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan.

Antara yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
• Perempuan
• Genetik
• Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
• Usia lebih 60 tahun
• Perokok

.

Jenis penyakit tiroid utama
====================

1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis

>>Hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid triiodotironin T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa.

>>Antara penyebab penyakit ini ialah :

• Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
• Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini akan pulih dengan sendirinya
• Toxic nodule goiter. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

>>Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

• Bengkak di leher
• Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
• Gementar dan gelisah, terketar-ketar
• Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
• Kesuburan turun
• Penumpuan kurang
• Mata menjadi besar (bulging)
• Emosi tak stabil
• Kejang otot
• Oesteoporosis (kereputan tulang)
• Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
• Kulit lembap
• Suhu badan naik, tak tahan panas
• Rambut gugur
• Sukar bernafas
• Sukar tidur
• Tekanan darah naik
• Turun berat badan walaupun selera naik
• Lemah

.

2. Hypothyroidism

>>Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

>>Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism

• Badan rasa lemah
• Daya ingatan menurun
• Hilang deria rasa dan bau
• Kadar pengepaman jantung perlahan
• Kulit jadi kuning – lesu, pucat
• Kulit kering
• Masalah kesuburan
• Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
• Otot kejang dan bengkak
• Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
• Percakapan lambat
• Pertambahan berat badan
• Rambut gugur
• Rasa mengantuk
• Sakit kepala
• Sembelit
• Suara menjadi serak
• Tak tahan sejuk



Mencari Penawar Penyakit?

Sari AgeGard dengan lebih 100 testimoni.

WhatsApp sekarang >> KLIK DISINI << icon-search-plus



.

Diagnosis

* Ujian hormon: Ujian darah boleh menentukan jumlah hormon yang dihasilkan oleh tiroid dan kelenjar pituitari. Jika tiroid tidak aktif, tahap hormon tiroid menjadi lemah.

Dalam jangka masa yang sama, tahap hormon perangsang tiroid (TSH) akan ditingkatkan kerana kelenjar pituitari akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan lebih banyak hormon tiroid.

Goiter sering dikaitkan dengan tiroid yang terlebih aktif yang melibatkan tahap hormon tiroid yang tinggi di dalam darah dan tahap TSH yang lebih rendah berbanding normal.

* Ujian antibodi: Beberapa punca goiter termasuklah penghasilan antibodi yang tidak normal. Ujian darah akan memastikan kehadiran antibodi di dalam tubuh anda.

* Ultrasonografi: Transducer, satu alat seakan tongkat diletakkan pada leher anda. Gelombang bunyi akan melantun melalui leher dan bahagian belakang anda, membentuk imej di skrin komputer.

Imej-imej yang dipaparkan akan mendedahkan saiz kelenjar tiroid anda dan sama ada kelenjar tersebut mengandungi nodul- nodul yang mungkin tidak dapat dikesan oleh doktor secara fizikal.

* Skan tiroid: Anda akan menerima isotop radioaktif yang disuntik pada pembuluh darah di bahagian dalam siku semasa berbaring di atas meja, dengan kepala didongakkan ke belakang manakala satu kamera khas akan memaparkan imej tiroid anda pada skrin komputer.

.

Rawatan

Bergantung kepada saiz pembengkakan, simptom-simptom dan punca-punca asas ia berlaku. Doktor mungkin mencadangkan anda melakukan mana-mana prosedur berikut:

* Pemerhatian: Jika goiter kecil dan tidak mendatangkan masalah dan tiroid berfungsi secara normal, doktor mungkin mencadangkan anda untuk tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.

* Ubat-ubatan: Jika anda mempunyai hipotiroidisme, hormon tiroid akan digantikan dengan levotiroksina yang akan menghilangkan simptom-simptom hipotiroidisme dan juga pembebasan hormon perangsang tiroid daripada kelenjar pituitari anda, di mana ia sering kali mengecilkan saiz goiter.

Untuk kelenjar tiroid yang mengalami radang, doktor akan mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid. Bagi goiter yang dikaitkan dengan hipertiroidisme, ubat bagi menormalkan tahap hormon anda diperlukan.

* Pembedahan: Satu pilihan yang boleh dilakukan jika anda mempunyai goiter yang besar dan mendatangkan rasa tidak selesa atau sukar bernafas atau menelan.

Atau, di dalam beberapa kes, jika anda mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid akan dibuang (tiroidektomi).

Pembedahan juga merupakan rawatan untuk kanser tiroid. Anda juga mungkin perlu mengambil levotiroksina selepas surgeri dilakukan, bergantung kepada jumlah tiroid yang dibuang.

* Iodin radioaktif: Dalam beberapa kes, iodin radioaktif digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang diberikan secara oral dan akan sampai di kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan sel-sel tiroid.

Rawatan ini akan mengecilkan saiz goiter tetapi ia juga akan menyebabkan kelenjar tiroid tidak begitu aktif. Anda mungkin memerlukan penggantian hormon sintetik tiroid levotiroksina sepanjang hidup.

Sumber : Utusan Melayu

Ikhtiar untuk masalah anda. Kami sedia mendengar.  Terus klik pada nombor telefon untuk direct WhatsApp kami.

HOTLINE MALAYSIA:  012-329-2221 / 019-266-0080

HOTLINE SINGAPORE : +65-9755-1859