Simptom Kanser Prostat

Kanser prostat ialah kanser yang berlaku di dalam prostat lelaki, iaitu kelenjar sebesar kacang walnut di bawah pundi kencing yang menghasilkan cecair di dalam air mani.

prostat-kanseri-tumoru

“Kanser prostat merupakan yang paling sering dihidapi lelaki selepas kanser kulit. Di Malaysia, ia merupakan kanser keempat paling lazim dihidapi lelaki iaitu kira-kira 5.7 peratus daripada kes kanser dalam kalangan lelaki. Malah ia dilihat semakin meningkat kerana terikut-ikut gaya hidup Barat.”

Apa yang membuat ramai tidak peka dengan kanser prostat kerana ia tidak mempunyai simptom-simptom nyata pada peringkat awal dan sering dipandang remeh dengan alasan, sering menyerang lelaki berusia.

Benar, kanser prostat lebih kerap menyerang lelaki berusia 50 tahun ke atas terutamanya mereka yang berusia 70 tahun ke atas.

Namun, menerusi kajian Pusat Kajian Kanser komprehensif Universiti Michigan, jumlah lelaki muda menghidap kanser prostat meningkat hampir enam kali ganda sejak 20 tahun lalu dan ia kelihatan lebih agresif dan boleh membawa maut berbanding jika dihidapi lelaki berusia.

Menurut Pakar Urologi Pusat Perubatan Mahkota (MMC), Melaka, Dr. Michael Cheng, punca sebenar masih belum ditemui tetapi mereka yang mempunyai sejarah keluarga terutama bapa atau adik-beradik lelaki menghidap kanser prostat paling berisiko untuk menghidapinya selain mengamalkan gaya hidup Barat, dipercayai menjadi penyumbang kepada penambahan tersebut.

“Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di dalam prostat menjadi abnormal dan mutasi pada sel DNA abnormal itu menyebabkan ia bertambah lebih banyak dan cepat daripada sel biasa selain sel mampu terus hidup.

“Pelbagai komplikasi boleh berlaku kepada penghidap kanser prostat antaranya ialah penularan kanser ke organ lain seperti pundi kencing, sel kanser merebak melalui aliran darah atau sistem limfa ke tulang atau organ lain yang boleh membawa maut.

“Kanser prostat dan rawatannya juga boleh menyebabkan keadaan inkontinens iaitu sukar mengawal pengeluaran air kencing yang akan mengganggu aktiviti harian. Disfungsi erektil atau mati pucuk juga boleh berlaku,” ujarnya yang menekankan pemeriksaan dengan pakar amat penting terutama mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser prostat.

Lelaki obes juga berisiko menghidap kanser prostat dan selalunya mereka menghidapinya pada tahap yang teruk dan lebih sukar untuk dirawat.

Kanser prostat selalunya tidak mempunyai simptom pada peringkat awal. Berikut merupakan antara tanda / simptom kanser prostat yang serius:

  • Sukar membuang air kencing
  •  Pengaliran air kencing yang semakin perlahan
  •  Darah di dalam air kencing
  •  Darah di dalam air mani
  •  Sakit di bahagian bawah belakang iaitu pinggul atau paha
  •  Rasa tidak selesa di bahagian pelvis
  •  Sakit tulang

image (1)

Tambah Dr. Michael, ada kajian pakar turut menunjukkan lelaki yang mempunyai ahli keluarga terdekat menghidap kanser payudara juga berisiko tinggi menghidap kanser prostat kerana mewarisi gen bermasalah yang digelar BRCA2 dan risikonya lebih tinggi daripada mereka yang tidak mewarisinya.

Diagnosis

Tujuan ujian dan diagnosis dilakukan adalah untuk mengesan kanser prostat di peringkat awal sebelum merebak. Terdapat dua jenis ujian yang sering dilakukan iaitu pemeriksaan fizikal (pemeriksaan digital rektum) dan ujian darah (antigen khusus prostat atau PSA).

Ujian darah PSA dilakukan bagi mengenal pasti kehadiran protein di dalam darah yang dihasilkan sel prostat iaitu PSA. Kehadiran PSA yang banyak tidak semestinya bermakna kanser prostat kerana berkemungkinan berkaitan masalah lain seperti tumor prostatik hiperplasia atau keradangan pada bahagian prostat yang dipanggil prostatitis.

image

Anda boleh mengurangkan risiko menghidap kanser prostat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti:

1. Amalkan diet yang sihat iaitu lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan yang tinggi lemak dan sebaliknya fokus dalam memilih pelbagai jenis buah-buahan, sayur dan bijian penuh. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang boleh menyihatkan badan contohnya ‘lycopene’ yang ditemui dalam tomato dikatakan mampu menghalang kanser prostat.

2. Pilih makanan yang menyihatkan daripada makanan tambahan. Tiada kajian yang menunjukkan makanan tambahan memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko kanser prostat.

3. Bersenam sebanyak yang mungkin. Senaman memperbaiki kesihatan secara keseluruhan, membantu untuk mendapat berat yang sepatutnya selain menenangkan perasaan. Ada kajian menunjukkan lelaki yang sering bersenam kurang risiko menghidap kanser prostat berbanding mereka yang kurang atau tidak bersenam.

4. Kekalkan berat badan yang sihat. Minta nasihat doktor untuk merangka diet dan aktiviti anda bagi menurunkan berat badan secara sihat.

5. Bincang dengan doktor jika anda berisiko menghidap kanser prostat (faktor sejarah keluarga) kerana ada ubat atau rawatan yang dapat mengurangkan risiko. Ada kajian menunjukkan dengan menggunakan ubat yang mengawal pembesaran kelenjar prostat dan keguguran rambut dalam kalangan lelaki seperti 5-alpha reductase inhibitors, finasteride (Propecia, Proscar) dan dutasteride (Avodart), boleh mengurangkan risiko kanser prostat.

Namun, ada kajian lain yang menyatakan ubat-ubatan itu berkemungkinan meningkatkan lagi risiko mendapat kanser prostat yang lebih serius. Bincang dengan doktor rawatan yang terbaik.

Sumber :Utusan Malaysia ( Ahad 30.11.14 )

 

Antara Ikhtiar Alternatif

============

✾ Sari Agegard ✾
============

♕ Teknologi PERTAMA di DUNIA,Double Stem Sel yang
Diperkasakan Dengan Ozon Fortified ♕

♛ Kebaikan Sari Agegard ♛

✔ Triple Amygdalin B17 -Gabungan 3 sumber HEBAT iaitu pati biji Aprikot,Buah Prune dan Anggur yg berkesan membunuh SEL KANSER

✔ Double Stemcell – berfungsi utk baikpulih dan ganti sel induk dan sel2 organ yg BARU disamping dpt meningkatkan sistem IMUNISASI dan sistem peredaran darah

✔Ozone Fortified – ianya terdiri drp tiga molekul oksigen berupaya bertindak sbg ejen membersih darah, membunuh kuman, virus serta mengaktifkan semula sistem pertahanan tubuh

=============================
KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN SARI AGEGARD
=============================

• Meningkatkan daya ketahanan badan
• Menjaga kesihatan sel
• Menambahkan oksigen dan tenaga
• Meningkatkan metabolisma
• Menjaga kesihatan sendi
• Menstabilkan kadar gula dalam darah
• Mengawal kolesterol
• Membakar lemak dan selulit
• Mencerahkan dan melicinkan kulit
• Menstabilkan tekanan darah
• Meningkatkan daya ingatan
• Melambatkan proses penuaan
• Menstabilkan sistem pernafasan

====================================
☛ Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami

HOTLINE TUAH PRIMADONA : 012-329 2221 / 019-266 0080
====================================

DISCLAIMER : Produk Sari Agegard TIDAK bertujuan MERAWAT, MENYEMBUH atau MENCEGAH sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah PENGALAMAN PERIBADI individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza”

PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR SAMPINGAN SELAIN TERUS MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & DOKTOR.

** Produk ini adalah IKHTIAR semata2 dan Kuasa PENYEMBUHAN MUTLAK tetap di tangan Allah SWT.

error: Content is protected !!