TANDA TANDA AWAL KANSER RAHIM ATAU KANSER SERVIKS

TANDA TANDA AWAL KANSER RAHIM ATAU KANSERĀ SERVIKS

1. BERLAKU PENDARAHAN DI BAHAGIAN VAGINA SECARA TIDAK NORMAL

Kebanyakan wanita yang didiagnosis kanser rahim atau kanser serviks akan mengalami pendarahan secara tidak teratur. Pendarahan yang tidak teratur juga adalah salah satu petunjuk awal kepada kanser rahim atau kanser serviks ini. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh keadaan perubahan yang lain seperti masalah ketidakseimbangan hormon, masalah keradangan pada pelvis atau berlakunya jangkitan kuman pada organ – organ pelvis. Kanser Rahim ini boleh merebak ke bahagian tisu – tisu yang berdekatan. Ia juga boleh mengakibatkan kapilari baru yang tidak normal dan mudah pecah yang akan mengakibatkan pendarahan. Pendarahan itu biasanya boleh berlaku di antara tempoh haid ataupun selepas melakukan hubungan intim, selepas menopouse mahupun selepas wanita menjalani pemeriksaan pelvik.

2.VAGINA MENGELUARKAN SUATU CECAIR YANG LUAR BIASA

Masalah keputihan yang berbau merupakan perkara yang biasa di alami oleh setiap wanita. Namun anda perlu berwaspada jika masalah keputihan itu atau lelehan di vagina anda semakin bertambah , mengeluarkan bau yang busuk dan pengeluaran cecair yang tidak tetap kerana ia boleh menjadi tanda awal kepada jangkitan pada vagina, kanser rahim atau endometrium. Jika masalah tersebut merupakan petanda awal atau risiko panda kanser rahim, masalah keputihan atau lelehan tersebut akan menjadi lebih berat, pucat, berair, kemungkinan bewarna coklat atau bercampur darah.

3. SAKIT KETIKA BERSAMA ATAU MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN

Hubungan kelamin tidak sepatutnya sakit jika dilakukan dengan cara yang betul. Namun jika anda merasa sakit tanpa sebab semasa anda bersama kemungkinan ia adalah petanda awal kepada kanser rahim atau kanser serviks ini. Petanda ini menunjukkan kanser rahim atau kanser serviks ini menjadi lebih berkembang kerana kanser ini mungkin telah merebak ke bahagian tisu – tisu dan organ pembiakan. Selain anda merasa sakit ketika bersama, anda juga akan mendapati pendarahan setiap kali selepas bersama.

Tolong jangan abaikan petanda ini , saya telah berjumpa kes yang mana suami dan isteri yang mengabaikan masalah ini selama bertahun kerana menyangka petanda ini adalah petanda sihir atau buatan orang. Lebih menyedihkan akibat terlambat mendapatkan rawatan isteri beliau telah dikesan ketika kanser rahim atau kanser serviks beliau telah menjadi parah dan berada di stage 4. Isteri beliau tidak dapat diselamatkan lagi ketika mendapatkan rawatan kanser tersebut. Al Fatihah untuk beliau.

4. KESAKITAN PADA PELVIS

Kesakitan pada pelvis adalah normal dan biasa berlaku di kalangan wanita. Kekejangan atau kesakitan tertentu adalah sebahagian perkara yang biasa berlaku dalam kitaran haid wanita. Walaubagaimanapun, kesakitan yang berlangsung dalam tempoh yang kerap dan lama mungkin boleh menjadi faktor awal petanda kepada kanser rahim atau kanser serviks. Jika ia adalah petanda kepada kanser pangkal rahim atau kanser serviks, anda mungkin mengalamai sakit pelvis pada masa – masa yang luar biasa, dan rasa sakit mungkin akan bermula pada bila – bila masa sahaja dan secara tiba – tiba. Di samping itu juga, kesakitan yang dialami tersebut tidak akan berlaku melainkan jika kanser tersebut telah merebak ke peringkat yang seterusnya, iaitu di mana kanser tersebut telah mula berkembang.

5.HAID YANG BERPANJANGAN & BERAT

Apabila anda perasan haid anda lebih lama dan menjadi semakin berat sehinggakan anda perlu menukar ‘pad’ setiap dua jam seperti berlakunya tumpah darah, ia mungkin faktor yang perlu anda ambil berat. Ia kemungkinan adalah satu lagi tanda – tanda awal kanser rahim atau kanser serviks yang anda perlu ambil perhatian yang lebih serius. Selain masalah kanser, pendarahan berat seperti ini boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, masalah fibroid, polip, masalah keradangan pelvis, endometriosis, tiriod, masalah organ yang berdekatan dengan hati ataupun penyakit buah pinggang. Ia mungkin boleh berlaku akibat daripada pengambilan ubat – ubatan tertentu. Apa – apa sahaja perubahan yang berlaku kepada kitaran haid anda anda hendaklah segera berbincang & mendapatkan rawatan dengan doktor. Perlu sentiasa beringat bahawa Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

6. KETIDAKSELESAAN KETIKA MEMBUANG AIR KECIL

Tanda – tanda awal kanser rahim atau kanser serviks juga adalah jika anda merasakan ketidakselesaan ketika membuang air kecil. Contoh ketidakselesaan yang perlu anda ambil perhatian serius jika anda merasa seperti terbakar, rasa pedih atau anda sukar untuk membuang air kecil. Gejala ini mungkin berlaku akibat kanser itu telah merebak ke bahagian tisu yang berdekatan. Hal ini jelas perlu diambil perhatian yang segera untuk mengelakkan ianya menjadi semakin parah dan sukar diubati. Selain daripada ia merupakan salah satu tanda – tanda awal kanser rahim atau kanser serviks, masalah ketidakselesaan ketika membuang air kecil juga mungkin boleh disebabkan oleh masalah lain atau penyakit lain. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, masalah pundi kencing, jangkitan yis atau masalah penyakit kelamin ( STD ). Namun pastikan anda sentiasa membuat pemeriksaan dengan doktor segera atau mendapatkan rawatan yang sewajarnya bg mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih teruk sekaligus ia memberikan laluan mudah atau peluang kepada kanser rahim atau kanser serviks ini untuk teruk membiak di dLam tubuh anda.

7. HILANG KAWALAN PANDA PUNDI KENCING

Kerap membuang air kecil sehinggakan anda tidak perasan anda mula terkucil adalah perkara normal untuk wanita hamil atau mana – mana individu yang sedang dalam diet yang meningkatkan pengambilan pelawas dalam badan mereka, pesakit kencing manis, batuk yang kuat & berpanjangan. Namun, jika anda mengalami masalah ini tanpa mengetahui sebab yang jelas ianya mungkin perlu dilakukan penilaian pada peringkat yang seterusnya. Masalah hilang kawalan pada pundi kencing adalah masalah utama apabila seseorang itu menghidap kanser serviks. Ia biasanya menunjukkan bahawa kanser tersebut telah merebak di luar kawasan setempat dan juga memberi kesan kepada pundi kencing atau bahagian – bahagian lain saluran kencing. Individu yang telah didiagnos dan disahkan menghidap kanser rahim atau kanser serviks ini sering mengalamai masalah kehilangan kawalan pundi kencing dan juga air kencing yang sering becampur dengan darah. Jika anda merasakan simpton – simpton ini ada pada diri anda segeralah membuat pemeriksaan dengan doktor supaya ia mampu dikesan di peringkat awal sekaligus mampu menjauhkan anda daripada berhadapan dengan risiko kanser rahim atau kanser serviks ini.

8. HILANG SELERA MAKAN ATAU BERAT BADAN TURUN MENDADAK

Hilang selera makan atau masalah berat badan yang turun mendadak juga adakah satu petanda yang memungkinkan anda menghidapi masalah kanser rahim atau kanser serviks. Hal ini akan memberikan kesan kepada penurunan berat badan seseorang individu tanpa mengira diet mereka.

9. KELETIHAN YANG BERTERUSAN

Jika anda sering merasa lemah dan tidak bertenaga sepanjang masa, walaupun anda telah mendapatkan rehat yang secukupnya, ia boleh menjadi perkara yang perlu dibimbangkan dan perlu diambil perhatian serius. Apabila seseorang individu itu sedang menderita masalah kanser, sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih untuk melawan penyakit ini. Ia boleh menyebabkan kepada masalah anemia iaitu anda akan sering merasa letih, tidak bermaya dan kekurangan tenaga serta hilang selera makan. Di samping itu terdapat jugak masalah kekurangan oksigen di dalam badan. Tindak balas anemia ini juga adalah tanda amaran bahawa kanser tersebut telah berkembang dengan pesat di dalam tubuh individu berkenaan. Sebelum ia menjadi lebih parah dan merosakkan badan anda segeralah membuat pemeriksaan doktor.

10. SAKIT KAKI

Wanita yang mengalami masalah kanser rahim atau kanser serviks ini biasanya akan mengalami masalah sakit dan bengkak pada kaki mereka. Apabila kanser ini telah mula merebak, ia akan menghalang aliran darah dalam badan mereka dan inilah punca kepada bengkak kaki tersebut. Perlu diingatkan bahawa sakit kaki ini tidaklah bermakna ada menghidapi masalah kanser. Namun pemeriksaan harus dilalukan segera supya ia menjadi lebih parah dan menjadi barah di dalam badan anda.

 

 

dd199ebd3cdf5262d2d656106edc8289

2 Replies to “TANDA TANDA AWAL KANSER RAHIM ATAU KANSER SERVIKS”

  1. Hi . saya nak bertanya . saya telah lewat kedatangn haid kmudian slps 1 minggu , cecair pekat hitam mula keluar tapi sedikit sahaja . kemudian keesokan hari , ade satu pepejal seperti daging yang keluar bersama tompokan hitam serta darah pekat tapi darah nya cuma sedikit . boleh terangkan apa masalahnya . terima kasih

    1. Terima kasih kerana berminat & sudi bertanya tentang produk Tuah Primadona

      Sila kongsikan lebih lanjut tentang masalah kesihatan anda/orang terdekat dengan kami

      Kami akan bantu anda. Ataupun anda boleh terus hubungi/whatsapp kami di talian

      012-329-2221 (En. Wan Zahari)
      019-266-0080 (Mas )

      012-329-2221 (En. Wan Zahari)
      019-266-0080 (Mas )

      012-329-2221 (En. Wan Zahari)
      019-266-0080 (Mas )

Comments are closed.