Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari

tanda-tanda awal kanser ovari

Apakah kanser ovari?

.

Kanser adalah penyakit dimana sel-sel dalam badan tumbuh di luar kawalan. Kanser sentiasa dinamakan atas nama organ yang pertama kali dijangkiti, walaupun ianya akan merebak ke bahagian organ-organ yang lain di kemudian hari. Apabila kanser bermula di dalam ovari,ia dipanggil kanser ovari.

Kanser ovari bermula pada ovari, iaitu kelenjar yang berada di kiri kanan rahim. Wanita mempunyai dua ovari yang terletak di pelvis, satu pada setiap sisi rahim. Ovari membuat hormon wanita untuk menghasilkan ovum. Rawatan perubatan adalah sangat berkesan apabila kanser ovari didiagnosis pada peringkat awal.

.

.

Terdapat beberapa tanda-tanda awal kanser ovari.

.

.Kanser ovari boleh menyebabkan satu atau lebih daripada tanda-tanda atau gejala berikut:

  • Pendarahan faraj (terutamanya jika anda telah menopaus) atau keluar keputihan yang
    berlebihan.
  • Sakit atau tekanan di dalam pelvis atau kawasan abdomen (kawasan di bawah perut anda
    atau diantara bahagian tulang pinggul anda).
  • Sakit belakang.
  • Perubahan tabiat anda dalam bilik mandi,seperti membuang air kecil yang sangat kerap,
    sembelit atau cirit-birit.
  • Kembung, dimana kawasan bawah perut anda membengkak atau terasa penuh.
  • Cepat rasa kenyang semasa makan.

.

Faktor risiko kanser ovari.

.

1- Umur
Risiko yang paling besar adalah wanita yang berusia lebih dari 50 tahun. Wanita yang berumur 60 tahun ke atas juga hampir 50% telah di diagnosis kanser ovari. Tetapi ini wanita muda boleh diserang kanser ini. Contohnya, sel tumor lebih mudah menyerang wanita muda, tetapi jarang berlaku.

2- Sejarah keluarga.
Jika seseorang itu, mempunyai sejarah dalam ahli keluarga yang pernah mengidap kanser ovari, kanser payudara atau kanser kolon, ia juga akan meningkatkan peluang ahli keluarga lain menghidap kanser ovari.

3- Kelahiran anak dan haid.
Wanita yang tidak pernah melahirkan anak adalah lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser ovari. Wanita yang haid awal (sebelum berumur 12 tahun) dan putus haid lewat (selepas berusia 50 tahun) juga berisiko untuk kanser ovari.

4- Ubat-ubatan yang pernah diambil.
Pengambil terapi hormon selepas putus haid ataupun menggunakan rawatan kesuburan (dalam jangka masa panjang) boleh meningkatkan peluang untuk mendapat kanser ovari.. Sebaliknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa pil kontraseptif oral dapat mengurangkan risiko kanser ovari.

5- Faktor risiko lain
Risiko lain ini termasuk tahap obesiti, merokok, penggunaan alat kontrasepsi dan sindrom ovari polisistik.

 

share link tanda2 kanser ovari