Tanda-tanda Kolesterol Tinggi

Tanda-tanda Kolesterol tinggi

Kolesterol tinggi adalah keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah yang melebihi kadar yang normal. Kolesterol itu sendiri adalah sebatian lemak berlilin yang sebahagian besar dihasilkan di hati dan sebahagian lainnya didapatkan dari makanan.

Keadaan kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko terkena penyakit serius. Jadi kita perlu kenali Tanda-tanda Kolesterol Tinggi.

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi

1. Sakit Dada

Kolesterol tinggi boleh menyebabkan pengumpulan lemak di dalam arteri. Keadaan ini sering membuat aliran darah ke jantung menjadi tidak lancar. Sakit pada dada sering berhubungan dengan keadaan ini. Namun biasanya sering tidak diperhatikan dan dianggap sebagai rasa terlalu letih. Sakit boleh mencetuskan aliran darah yang tidak lancar dan boleh menjadi tanda munculnya gejala penyakit jantung.

2. Sakit Kaki dan Tangan

Orang yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi juga boleh mengalami rasa sakit pada bahagian tangan dan kaki. Rasa sakit ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, sakit ketika digunakan untuk mengangkat benda dan sukar untuk digerakkan. Pada orang tua juga akan merasa panas dan sesemut pada kaki dan tangan sehingga menjejaskan fungsinya. Hal ini menjadi petanda bahawa kolesterol sudah menyebabkan aliran darah pada bahagian kaki dan tangan menjadi tidak lancar.

3. Sukar Bernafas

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan pernafasan menjadi tidak selesa. Keadaan ini terjadi ketika ada banyak kolesterol yang sudah terkumpul pada aliran arteri jantung. Jantung sudah tidak boleh mengepam darah dengan baik akibatnya tubuh mengalami kekurangan oksigen. Orang yang sudah menderita stroke boleh mengalami sesak nafas yang lebih buruk. Gejala ini juga sering terjadi pada orang yang mengalami obesiti.

4. Tubuh Sangat Letih

Tubuh yang sangat letih boleh terjadi pada semua orang yang mengalami gangguan kolesterol tinggi. Masalah utamanya adalah ketika tubuh sebenarnya tidak mendapat aliran darah yang cukup dan kadar oksigen yang sangat rendah. Berbagai organ tubuh dipaksa untuk melakukan metabolisme dengan kadar lebih tinggi sementara jantung dan pembuluh darah juga bermasalah. Bagi pesakit diabetes maka keadaan boleh sangat membimbangkan kerana kadar gula yang terlalu tinggi dan insulin yang sangat rendah.

5. Otot Kaki Lemah

Pesakit darah tinggi yang mengalami kolesterol tinggi juga boleh mengalami otot kaki yang sangat lemah. Walaupun keadaan ini juga boleh terjadi pada semua orang yang mempunyai kadar kolesterol tinggi. Hal ini terjadi apabila arteri tidak mendapat aliran darah yang cukup sehingga otot kaki menjadi sangat lemah. Bahkan keadaannya boleh menyebabkan pesakit mudah jatuh.

6. Sakit Leher dan Belakang

Sakit leher dan punggung juga boleh berlaku pada pesakit kolesterol tinggi. Tekanan darah tinggi sudah menyebabkan penyempitan pembuluh darah kerana adanya plak dari kolesterol. Rasa sakit sering disebutkan seperti gejala yang tidak selesa pada leher dan kaki. Bahkan boleh menjadi sakit kepala yang berat kerana tidak ada cukup aliran darah ke bahagian otak.

7. Sakit Kepala

Sakit kepala yang sering berlaku pada pesakit hipertensi. Ini adalah keadaan yang sangat berbahaya kerana kemungkinan tekanan darah sangat tinggi. Aliran darah yang terlalu tinggi melalui arteri boleh menyebabkan sumbatan plak bocor atau pecah. Jika terjadi di bahagian otak maka boleh menyebabkan kerosakan pembuluh darah. Sakit kepala juga boleh menjadi petanda stroke yang menjadi indiksi serangan awal yang baru muncul.

8. Kehilangan Imbangan

Ketika pesakit kolesterol tinggi merasa tidak selesa, maka ia juga akan kehilangan keseimbangan. Otot kaki dan tangan sudah sangat lemah. Sementara arteri dalam tubuh tidak mendapat aliran darah yang cukup. Ketika ada sistem saraf pusat yang mengalami gangguan akibat plak kolesterol pada arteri maka boleh membuat pesakit tidak mempunyai keseimbangan. Keadaan ini sering berlaku pada orang lanjut usia yang mendapat serangan strok ketika terjatuh. Pesakit tekanan darah tinggi harus waspada dengan gejala ini.

9. Muka Merah

Kolesterol yang terlalu tinggi pada pesakit tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan pembuluh darah di bahagian wajah membesar. Keadaan ini boleh menyebabkan wajah menjadi sangat merah seperti terbakar. Bahkan ketika tekanan darah sangat tinggi maka boleh menyebabkan wajah menjadi tidak selesa, panas dan gangguan emosi. Ketika hal ini terjadi maka boleh menyebabkan serangan darah tinggi yang lebih buruk.

10. Mual dan Muntah

Kadar kolesterol yang sangat tinggi juga boleh menyebabkan saluran pencernaan mengalami gangguan. Rasa mual dan muntah paling sering terjadi kerana tubuh tidak boleh menerima makanan dengan baik. Gejala akan lebih buruk jika muncul gejala lain seperti sakit kepala dan nafsu makan yang menurun. Level ini sering menyebabkan pesakit kehilangan kesedaran atau pengsan. Untuk mengelakkan risiko yang lebih buruk maka pesakit perlu mendapatkan rawatan yang tepat.

11. Emosi Tidak Stabil

Ciri ciri kolesterol tinggi yang jarang orang tahu adalah emosi yang tidak stabil. Orang yang mengalami gangguan kolesterol tinggi juga sering mengalami gangguan emosi. Mereka menjadi lebih mudah marah walaupun hanya kerana masalah yang kecil. Hal ini disebabkan ketika kolesterol sudah menganggu masalah aliran darah sehingga membuat tubuh tidak selesa. Gejala lain seperti sakit kepala, tubuh yang sangat lelah dan perasaan bimbang sering membuat pesakit tidak dapat mengawal emosi.

12. Masalah Sesemut

Kaki sering kebas ketika duduk bersila atau pada masa tangan menyangah kepala merupakan salah satu tanda anda mengalami kolesterol yang tinggi.

Share link tanda kolesterol tinggi

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi